Wednesday 29 August 2012

MENCARI BUYER INI


As salam

Entri yang terpaksa dibuat jugak walaupun malu

Kepada pembeli set cawan di atas minta tolong sangat sms atau emel kepada saya alamat.

Tadi dalam jam 9 dah siap call buyer ini coz dia dah siap bayar online dan dah janji nak pos esok (memang dah siap pun nak pos). tetapi malang sungguh sebab hp ada masalah tadi dan anak pulak tolong tukar ke hp lain dan dia terdelete semua sms/incoming call/call made adussssssssssss tak sempat nak save langsung. So alamat buyer tak sempat nak catat termasuk no hp tak sempat nak save.....Minta tolong sangat kepada buyer (minta maaf kat buyer ni dulu dan harap lah sangat dia baca entri ni.yg saya ingat buyer ni dari Kulai, Johor.) dpt sms atau emel semula ya . No hp saya masih sama.

Terima Kasih

Tuesday 28 August 2012

CERITA RAYA FEAT HARI KELUARGA 2012

3 beradik perempuan arwah abah pakai tudung sama..sebelah kanan adalah kakak ipar (mak)





dari kiri Mak Encik, Mok Su dan Arwah Mak Andak ...dan mak 


yang tudung putih Kak Sak, tudung pink Kak Tenong (sori kak tak tau nama betul) dan T-shirt merah Faris, semua tu sepupu

anak-anak saudara jaga pendaftaran

tetamu bersiap sedia utk mulakan acara family gathering

makan time - ada kambing panggang sempena aqiqah cucu saudara ...sekejap sahaja dah wassalam

makan time

makan time

cari ketenangan sendiri makan time - anak saudara (aliyah)

kak ipar  bersama anak-anak saudara
Arwah sepupu (pakai spec)



kak ipar,, adik (ni rumah dia tapi mak duduk sini)  dan anak saudara



As salam
 
masih dalam Syawal 1433 H, selamat hari raya dan maaf zahir
bathin. Tajuk tak boleh blah kan macam lagu-duet artis sahaja (hehehe)
 
Gambar-gambar di atas sebenarnya adalah gambar semasa Hari
Keluarga Hj Ehsan pada Januari 2012.
Tidak relevan langsung dengan
suasana Hari Raya kan. 
 
Hari Keluarga Haji Ehsan memang diadakan setiap tahun dan selalunya ambil masa pada hari raya cina. Giliran ikut turutan dan setakat yang kami buat tahun ni dapat kumpulkan 200 lebih ahli keluarga. Alhamdullillah dan jugak satu akaun FB dah dibuat. Jadi apa sahaja berita terkini boleh dicapai dan tahu dalam masa yang cepat. Acara simple...game untuk kanak-kanak, game untuk dewasa, penceritaan sejarah keluarga, cabutan nombor bertuah, saguhati kepada anak-anak yang berjaya dalam PMR dan SPM serta makan-makan.  
 
Walau bagaimanapun, kisah yang hendak
diceritakan ini sebenarnya  ada kaitan jugaklah dengan gambar2 itu.
 
Seminggu puasa (Ramadhan – 27/7/2012) terima berita sepupu meninggal
dunia kerana barah payudara. Sedih sebab masa Hari Keluarga tempohari
dia datang ke rumah mak dalam keadaan sihat dan ceria.

Hari Raya pertama pula dalam 6.30 petang bila sampai dari rumah MIL ke
rumah mak, sorang mak saudara dengan anak-anaknya datang ke rumah. Mak
saudara ni adalah adik kepada arwah abah, panggilan Mak Andak.
Selalunya dia akan datang ke rumah pada hari raya kedua atau lewat
sikit. Walau pun umurnya 78 tahun tetapi alhamdullillah kesihatan
masih baik, tiada sakit apa-apa. Boleh berjalan dan sentiasa
tersenyum. Anak dia cerita Mak Andak ni jenis yang tidak tahu duduk
diam, sentiasa nak bekerja. Aktiviti yang selalu dia buat ialah
menyapu daun kering di sekeliling rumah. Sehinggakan dia akan gegar
pokok  supaya daunnya jatuh agar dia dapat menyapu daun-daun tersebut.
Memang kita orang gelak dengar.

Pada keesokkan harinya (hari raya kedua 20/8/2012) pagi-pagi lagi kita
orang dah sepakat nak beraya sambil melawat sepupu yang tidak sihat
selepas operate lutut (kakak kepada arwah sepupu kata atas tu). Tapi
kakak aku bagitau dia terima panggilan bagitahu Mak Andak dah
meninggal dunia. Memang sangat terkejutlah sebab baru jer semalam dia
datang rumah. Ceritanya dia rasa letih dan nak tidur selepas menyapu
sekeliling rumah. Cucu datang tengok atok sedang nazak dan panggil
maknya tapi tak sempat maknya sampai dah meninggal.
 
Kini daripada 8 adik beradik arwah abah yang tinggal 2 mak saudara sahaja.

Hari Raya ketujuh (25/8/2012) pula terima berita bapa mertua kakak
meninggal di Melaka dalam usia 82 tahun. Arwah Pak Talib sebelum ini
ada penyakit lemah jantung tapi masih boleh berjalan dan uruskan diri
sendiri.

Semasa malam hari raya kedua pula sekeluarga jiran lama masa kat
Singapura (tapi dia dah duduk kat Parit Bakar) datang. Kami pangil dia
Kak Nina. Masa kat Spura dulu dia berjiran dengan keluarga kami. Masa
tu dia dan suami serta dua anak lelaki nama Mansur dan Udin (nama
manja ni nama betul tah tahu) masih kecil lagi. Masa tu kami umur 8
dan 9 tahun dan budak2 ni dalam setahun dan beberapa bulan. Masa tu
duduk di Paya Lebar dan macm kampong setinggan so ikatan kejiranan
kuat memandangkan ramai yang asal dari Muar. Semasa diarahkan pindah
ke flat keluarga kami balik kampong dan keluarga Kak Nina ni duduk di
JB. Selepas itu dah terputus hubungan. Tetapi bila balik ke Muar arwah
abah ni rajin jejak kasih tambahan kampong Parit Bakar dekat-dekat jer
 so dapatlah jumpa balik. Anak dia ada 4 orang, 2 lelaki dan 2
perempuan.

Jadi masa Kak Nina ni datang beraya aku pun tanyalah pada dia tentang
2 ahli keluarga dia yang telah meninggal dunia. Suami dia telah
meninggal semasa bekerja di Singapura. Masa itu dia sedang sarat
mengandung anak yang keempat (dia ni lah bawak mak dia beraya kat
rumah mak dan juga dia nilah yang berusaha cari rumah mak setelah
rumah lama kami dirobohkan – sanggup talipon ketua kampong bertanya
tentang mak duduk kat mana sekarang ). 
 
Kak Nina cerita lagi semasa selesai jenazah suami dikebumikan lepas magrib dia pun sakit hendakbersalin anak bongsu tu. Kemudian anak dia yang sulong si Mansur dapat
masuk sekolah Sains Muar. Dia cerita anak dia meninggal dalam
Tingkatan Dua…rupa-rupanya selama ini dia tidak tahu yang anak dia ni
sakit buah pinggang. Anak dia selalu ke Hospital Muar dari sekolah, Kak Nina ni hanya tahu bila saudara dia yang bekerja di Hospital Muar bagitahu. 
 
Yang sedihnya dia hanya diberitahu oleh cikgu yang datang ke rumah yang anak dia telah meninggal dunia.Sekarang ni dia duduk dengan anak  (Udin yang baru kahwin) sambil bela cucu (anak sibongsu). Tiap-tiap tahun Kak Nina ni mesti datang raya jumpa mak, cuma tahun ini aku berkesempatan jumpa dia. Sayanglah lupa nak snap gambar masa dia datang raya hari tu.

Sedih kan, setiap orang berlainan dugaan dan ujian yang Allah berikan.
 
Moral of the story  :

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan

dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang
mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan
tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas
setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang
terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang
diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan;
dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
 
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini
menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu
waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat
siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan
siapa yang putus harap.
 
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan
ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan
kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta
kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan
ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir
al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Sunday 5 August 2012

RESIPI KERABU MANGGA MUAR
















Assalammualaikum..
 
hari ini 16 Ramadhan dan esok 17 Ramadhan. Apa khabar kepada yang sedang membaca blog ini? Mudah-mudahan sihat. 
 
Tajuk di atas tu tak relevan sangat dengan gambar-gambar di atas nun. Anyway resipi akan saya tulis jugak di bawah. Tajuk resipi tu saya sajer cipta coz kalau cari kat Muar memang sampai bila2 pun tak jumpa...tak macam mee bandung Muar yang pemes tu.
 
Selalunya makanan berbuka tidaklah sebanyak itu tetapi weekend ni semua ada so lebih sikit dari biasa. 
 
Dan hari ni buat sekian kalinya mood ting tong tuan blog terlebih rajin mengaptured gambar utk di naikturun ke blog ini siap ada border-border lagi cantik tak? hahaha (orang dah lama guna aku baru nak buat )

RESIPI KERABU MANGGA MUAR

SATU BATANG KAROT MERAH
2 BIJI MANGGA MUDA
DAUN SELOM
3 HELAI DAUN LIMAU PURUT
1 BATANG SERAI
1 BATANG BUNGA KANTAN
1 BIJI TOMATO 
CILI PADI - IKUT NAK PEDAS OR NOT
1 BIJI BAWANG BESAR
1 BIJI BAWANG PUTIH
CUKA (KALAU TAK ADA CUKA PAKAI JER CUKA KURMA, LIMAU NIPIS/LIMAU KASTURI ATAU AIR ASAM JAWA)
GULA, GARAM.
 
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
 
1) POTONG HALUS SEMUANYA
2) CAMPURKAN SEMUA
3) GAUL RATA
4) SIAP DAH BOLEH MAKAN
 
Senang kan?.Kerabu ni kalau zaman-zaman dahulu dibuat daripada lebihan sayur-sayuran yang ada. Tidak membazir. Tidak semestinya seperti bahan-bahan di atas itu. Nanti jenuh pulak mencari kalau tak ada...pakai jer apa yang ada. Boleh dipelbagaikan. Kalau nak sedap boleh tumbuk udang kering atau belacan dan letak kacang tumbuk...lagi ummphhh. Memandangkan ada yang tergaru-garu nanti jadi terciptalah resipi yang mudah dan ekspress ghitu....