Saturday 19 October 2013

Resipi Nasi Goreng Paling Senang

bawang putih, bawang merah hiris or cincang halus, kacang panjang di potong kecil, mangga muda hiris halus


kentang dipotong dadu, sotong dipotong kecil dan telur


tumbuk lumat lada kering, ikan bilis, bawang besar sebiji dan cili padi .


nasi sejuk seperiuk, bawah tu ialah daun asam ambil belakang rumah suka hati nak letak or not.



panaskan minyak tumis bawang putih cincang dah garing masukkan bahan tumbuk tadi goreng sampai garing. masukkan kentang goreng dan biarkan empuk. jangan lupa acu kemasinan masing-masing.


masukkan bawang dadu dan goreng hingga layu. masukkan sotong biarkan sekejap. pecahkan telur kedalamnya. tutupi telur tersebut dengan bahan2 gorengan tadi biarkan sekejap. masukkan nasi keatasnya. gaul dan kacau mesra.


masukkan sayur spt kacang panjang, mangga muda dan daun asam. gaul lagi tapi berpada-pada sbb sayur cepat layu so pandai-pandai lah ya.



tadaa...hidangkan. ada 2 versi tu. satu ada sayur satu lagi tak ada sayur. makanlah dengan ikan goreng or watever yang ada dan ikut kesukaan...tiada paksaan ok.



As salam.

selamat menyambut hari raya aidil adha. resipi paling senang dalam dunia iaitu Resipi Nasi Goreng. Ini bukanlah resipi di Hari Raya ya...ni resipi dibuat sebelum bertolak balik ke kampung utk berhari raya haji.emmmm sepatutnya tak buat entri ni pun tak apa kan...ada korang yang baca ni kesah????tetapi tahap kerajinan aku rajin so siap snap cara2 dari mula hingga siap dan yang masak tu ialah En Lan...sila clap....clap...clap ...your hand ya.....give standing ovation skit....tapi seriusly tau en lan masak nasi goreng memang sedap giler...so saper2 yg nak muntah ijo tu silakan.........

Wednesday 16 October 2013

JUADAH HARI RAYA HAJI

Hari Raya Haji 2013

assalammualaikum,
 
jom tengok juadah untuk hari raya haji yang baru lepas....semua tu yang pasti bukan ku masak.walaupun nampak cam tak relevan menu-menu tersebut tapi tak berdosa pun kan.Ada lagi tu tak snap gambar sambal sotong, kuah kacang, ketupat dan lemang yang ni beli).

lepat pisang, lengkung hijau dan buah magga muda.


rendang daging , kari ayam dan lodeh . Masakan biasa orang jawa ni.

Sunday 25 August 2013

Daging Masak Hitam Ala Kak Zie


Daging Masak Hitam Ala Kak Zie

Bahan Utama

daging sekilo (dibersihkan dengan tepung - apa-apa tepung pun boleh untuk hilang hanyir. dibasuh, di tapis serta diketepikan).

Bahan-bahan untuk menumis.

3 labu bawang besar dihiris halus atau dicincang halus.
rempah 4 sekawan (bunga lawang, pelaga, cengkih & kayu manis)

Bahan-bahan utk di kisar (akan dijadikan bahan untuk perap daging)

bawang putih 5 biji
serai 1 batang
halia dalam 2 inci
lengkuas dalam satu inci (sy pakai halia muda)
buah keras satu biji
cili kisar dalam 3 senduk (ikut pedas sendiri)
kicap lemak manis (dlm setengah cawan)
kunyit hidup (dlm setengah inci)
serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
serbuk jintan putih (1 sudu kecil)
serbuk ketumbar (3 sudu kecil)
sos tiram (1 sudu besar)
sos cili/tomato (2 sudu besar)

bahan-bahan di atas dikisar halus lalu di gaul dengan daging tadi. Perapkan daging tersebut. terpulanglah kalau nak masak cepat boleh terus masak if not masuk dalam peti ais dan boleh masak bila2 suka.

Cara Masak

1) panaskan minyak dalam kuali agak-agak dalam 1 cawan minyak (ni tolong agak2 sendiri ya)

2) blia minyak telah panas masukkan bawang tersebut.tumis hingga garing.

3) masukkan daging yang telah diperap tadi.

4) kecilkan api dan masak hingga daging empuk.sila tambah air kalau nampak kering sangat.

5) kacau selalu sampai naik minyak

6) kepekatan terpulang pada masing2 ya, setengah tu suka pekat atau kering dan ada orang yang suka berkuah.

7) nota; saya tidak masukkan garam atau gula sebab masin dan manis sudah ada pada sos tiram serta kicap tadi.


celoteh sikit :-

as salam dan selamat hari raya semua yang baca blog ini. nak tulis di blog ini sebenarnya dah lama dan banyak jugak boleh diceritakan. tetapi seperti biasa tuan blog adalah seorang yang pemalu dan pemalas hehehe.

cerita pasal daging masak hitam ini sebenarnya saya banyak surf tenet dan macam2 versi dan cara untuk masaknya. ada yang letak kerisik dan air asam jawa jugak. tapi yang ini saya tak letak bahan2 tersebut.... memang saya main ikut kepala hotak saya dan suka-suki apa yang ada di dapur. saya guna cara perap ini kerana ianya lebih sedap serta senang. perapkan daging pada waktu malam, masukkan dalam peti ais. esok tengahari/petang boleh masak.

catatan resipi ini dibuat agar anak dara saya yg 2 orang yang tau makan jer tu dapat ingat resipi ini dikemudian hari. boleh ghitu?


Sunday 28 April 2013

PRU 13 - lagi 7 hari 5 Mei 2013


SUDAH TAHU
OLEH : KHADIJAH HASHIM
SUMBER : BERITA HARIAN

Sudah tahu galah cuma sedepa
Masih hendak mengait kelapa
Mengaku dialah juara ditempa
Direbus tak empuk
Dibakar tak hangus
Lupa cuaca berubah tiba-tiba
Kelkatu nak terbang ke angkasa
Akhirnya jatuh ditepi pelita.

Sudah tahu lagi dicanang
Akulah calon mampu menang
Ini wajah pemimpin pelapis
Garang bercakap tak berlapis
Jeritnya ‘jalan mati lagi diredah
Inikan pula lebuh raya nan lurus!.’

Adat mata memilih yang molek
Telinga mendengar yang baik-baik
Sudah tahu kelarai sesat taja
Mengaku salah perkara tak sengaja
Jangan malas menganyam semula

Sudah tahu diri antah dalam beras
Apa ditunggu apa diharap
Janji lima tahun sekali itu aturan
Dari akar baiklah rotan
Sayangkan rakyat ramai pengikut
Bertepuk sorak terangkat ribut
Jangan terkejut ada yang belot

Bak kijang ditambat rantai emas
Terlepas lari ke hutan juga
Sampai masa undur bermaruah
Tak rugi basi nasi sekawah!.