Sunday 25 August 2013

Daging Masak Hitam Ala Kak Zie


Daging Masak Hitam Ala Kak Zie

Bahan Utama

daging sekilo (dibersihkan dengan tepung - apa-apa tepung pun boleh untuk hilang hanyir. dibasuh, di tapis serta diketepikan).

Bahan-bahan untuk menumis.

3 labu bawang besar dihiris halus atau dicincang halus.
rempah 4 sekawan (bunga lawang, pelaga, cengkih & kayu manis)

Bahan-bahan utk di kisar (akan dijadikan bahan untuk perap daging)

bawang putih 5 biji
serai 1 batang
halia dalam 2 inci
lengkuas dalam satu inci (sy pakai halia muda)
buah keras satu biji
cili kisar dalam 3 senduk (ikut pedas sendiri)
kicap lemak manis (dlm setengah cawan)
kunyit hidup (dlm setengah inci)
serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
serbuk jintan putih (1 sudu kecil)
serbuk ketumbar (3 sudu kecil)
sos tiram (1 sudu besar)
sos cili/tomato (2 sudu besar)

bahan-bahan di atas dikisar halus lalu di gaul dengan daging tadi. Perapkan daging tersebut. terpulanglah kalau nak masak cepat boleh terus masak if not masuk dalam peti ais dan boleh masak bila2 suka.

Cara Masak

1) panaskan minyak dalam kuali agak-agak dalam 1 cawan minyak (ni tolong agak2 sendiri ya)

2) blia minyak telah panas masukkan bawang tersebut.tumis hingga garing.

3) masukkan daging yang telah diperap tadi.

4) kecilkan api dan masak hingga daging empuk.sila tambah air kalau nampak kering sangat.

5) kacau selalu sampai naik minyak

6) kepekatan terpulang pada masing2 ya, setengah tu suka pekat atau kering dan ada orang yang suka berkuah.

7) nota; saya tidak masukkan garam atau gula sebab masin dan manis sudah ada pada sos tiram serta kicap tadi.


celoteh sikit :-

as salam dan selamat hari raya semua yang baca blog ini. nak tulis di blog ini sebenarnya dah lama dan banyak jugak boleh diceritakan. tetapi seperti biasa tuan blog adalah seorang yang pemalu dan pemalas hehehe.

cerita pasal daging masak hitam ini sebenarnya saya banyak surf tenet dan macam2 versi dan cara untuk masaknya. ada yang letak kerisik dan air asam jawa jugak. tapi yang ini saya tak letak bahan2 tersebut.... memang saya main ikut kepala hotak saya dan suka-suki apa yang ada di dapur. saya guna cara perap ini kerana ianya lebih sedap serta senang. perapkan daging pada waktu malam, masukkan dalam peti ais. esok tengahari/petang boleh masak.

catatan resipi ini dibuat agar anak dara saya yg 2 orang yang tau makan jer tu dapat ingat resipi ini dikemudian hari. boleh ghitu?