Sunday, 15 August 2021



 ACAR BUAH PALING SEDAP 


Assalammualaikum

Alhamdullilah syukur kepada Allah swt yang dengan izinnya memberi kekuatan untuk menulis di Blog ini. Hampir dua tahun tidak menulis di sini.


Resipi Acar Buah ini di catit di sini untuk rujukan anak menantu jugak kepada semua yang membaca. Resipi ini pun adalah cedukan sana sikit sini sikit daripada sosial media jugak. Tetapi apa yang dipaparkan di sini adalah hasil daripada pembuatan sendiri.Halal untuk ditiru dan dishare.Cuma kalau tak jadi kejadiannya jangan lah salahkan diriku, salahkan dirimu sendiri.

Acar Buah ini sangat flexible tidak semestinya mesti ada bahan-bahan yang dinyatakan baru boleh buat. Ikut sahaja kesesuaian masing-masing ya.Seperti biasa resipi ini menggunakan sukatan main agak2 sahaja. Minta maaf terlebih dahulu sekiranya korang pening kepala tengok resipi dan gambar tak tally, maklumlah...)

Jom kita teruskan.



BAHAN-BAHAN (sukatan seperti dalam gambar)


(A) BAHAN-BAHAN UTAMA

Jeruk buah (yang ini Jeruk daripada Penang)

Buah Prun Kering

Kurma

Kismis

Buah-buah kering campur (kiwi,halia,papaya dan lain-lain lagi)

Jeruk Limau Kasturi 

Bawang Merah dan bawang putih (saiz biar sekata - sebijik2)


(B) BAHAN-BAHAN MENUMIS

Bawang Merah dihiris

Bawang Putih dihiris

Haris dihiris mancis

halba campur,

empat sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

daun pandan  


(C) BAHAN-BAHAN DIKISAR

Cili Kering

bawang merah

bawang putih

halia


(D) BAHAN-BAHAN PES (boleh sahaja kalau nak satukan dengan BAHAN C)


Serbuk kari

serbuk ketumbar

serbuk jintan manis

serbuk jintan putih


(E) BAHAN-BAHAN LAIN

sos lada 

cuka (untuk resipi ini sebotol seperti digambar tu)

garam 

gula nise/melaka  




BAHAN-BAHAN UTAMA (A)

       


         


         


      




BAHAN-BAHAN B DAN C





BAHAN-BAHAN B (untuk menumis)





BAHAN-BAHAN C (setelah dikisar)





BAHAN-BAHAN D (setelah dikisar)





BAHAN-BAHAN LAIN
 
     










CARA-CARA MEMASAK :-

1) Masukkan minyak masak ikut kesesuaian kuantiti bahan-bahan. 

2) Masukkan daun pandan, empat sekawan dan halba campur (Bahan B)

3) Masukkan hirisan bawang dan halia jugak (Bahan B)

4) Bila dah naik bau wangi masukkan Bahan C

5) Masak sehingga naik minyak dan masak betul-betul sampai mesra.

6) Masukkan cuka dan sos cili serta gula. Garam letak sekadar untuk dapatkan rasa sahaja. Masak lagi sebentar dalam 5 minit lagi.

7) boleh masukkan bawang merah dan bawang putih sebijik sebijik tu serta buah-buahan kering yang keras. 

8) Masukkan Bahan A dan biarkan merenih sebentar untuk dapatkan kemesraan.

9) Tadaaaaaaa..... siap sudah.


Tips :

- minyak untuk menumis tu kalau banyak pun tak apa, sebab nanti dah masak boleh sahaja kita keluarkan.

- daun pandan tu saja letak sebab banyak kat belakang rumah so why not orang tak buat kita buat lah jadi kan tumisan menaikkan aroma masakan.

- kalau boleh halba campur tu korang sangai (goreng tanpa minyak) dan tabur masa akhir, kalau ada bijan pun lagi sedap.halba campur ni tumis awal dah rasa pahit. so guys dont follow that ok.

- api memang kena sedehana kecil sepanjang masak supaya rempah betul-betul masak untuk tahan lama, so sabar ok

- cuka, gula garam korang jangan junamkan banyak-banyak, ikut kadaran sederhana dulu senang nak adjust nanti boleh tambah mana kurang.

- guna kurma jenis lembik sikit untuk dapatkan acar yang pekat, masukkan awal untuk sebatikan dulu.

- tips paling penting baca bismillah sebelum masak selawat sentiasa sepanjang masak tu doa yang baik2 in sya allah sedap.



















Sunday, 8 September 2019

Assalammualaikum.

Masyallah lamanya hilang mood nak tulis dalam blog ini, Kesiannya blog ini kalau diibaratkan rumah sudah tentu reput dimakan anai-anai dan mungkin jugak sudah roboh tersungkur kebumi. 

Alhamdullillah hari ini tiba-tiba semangat baru muncul untuk terus aktifkan blog ini. Mudah-mudahan aku istiqomah untuk terus menulis di blog ini. Banyak sebenarnya aku nak coretkan tetapi aku perlukan masa dan ruang untuk mengatur otak aku yang tengah bercelaru dan tepu entah apa-apa.



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Taraaaaaaaaaaaaaaaa................dapat 'surprise' hADIAh PC baru sempena hari lahir semalam 7 September tapi dapat surprise ini pagi tadi tau , alhamdullillahsyukur menjadi penyuntik semangat baru untuk terus menulis semula di blog usang ini.



Tuesday, 24 March 2015

SIGNAGE HOMESTAY PUTRAJAYA

Assalammualaikum
Lama benar tidak menulis di blog sendiri. Kesian blog ini mendapat tuan yang tidak rajin meng "update" apa sahaja cerita di sini.
 
Hari ini nak berkongsi tempahan Signage Felt yang telah siap. Tempahan signage ini bersaiz A4 saiz. Aku tempah  dengan zetty. Sebelum ini pernah tempah pillow drp felt jugak…sangat kemas kerja tangan zetty. Puashati sebab tu tempah lagi untuk 2 signage Homestay ini. Harga pun sangat2 berpatutan. Silalah ke facebook taip............ Frety Felt Home Craft  atau - https://www.facebook.com/pages/Frety-Felt-Home-Craft/158886404301156
 
Dan kepada sesiapa yang nak cari Homestay area Putrajaya silalah contact no telefon di signage bawah ni ya. Nak tengok di  You tube http://youtu.be/86F9sbwcPzM TQ.

 







 

 

Tuesday, 7 October 2014

HOMESTAY TANJUNG AGAS MUAR, JOHOR












 

HOMESTAY TANJUNG AGAS MUAR, JOHOR
(hubungi AMIN 019 658 8089 atau NANA 017 603 2212)

As salam

kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan penginapan di kawasan Muar terutama berdekatan dengan SEKOLAH SAINS MUAR, pasaraya GIANT, surau dan Masjid Kedua Muar sangat dialu-alukan untuk cuba Homestay ini.  Lokasi  Taman berhadapan/berdekatan dengan Restoran Murtabak Singapura.

Kemudahan Yang disediakan ialah :

1) tiga bilik tidur dgn 3 katil Queen saiz berserta almari baju dan almari solek bercermin.

2) iron board dengan seterika

3) TV basic
 
4) ada dua bilik air, satu di bilik tidur utama dan satu lagi di dapur.

5) peti ais, dapur gas dua tungku, almari dapur, kelengkapan dapur seperti pinggan mangkuk dan peralatan masak untuk skala kecil (untuk sekeluarga).meja dan kerusi makan.

6) kawasan parking yang selesa dan boleh memuatkan 4 buah kereta.

7) setiap bilik ada kipas termasuk ruang tamu.bilik tidur utama ada air cooler.

8) ada balkoni di ruang tamu serta sofa untuk berehat.

9) semalam RM150 (boleh runding).hubungi nama di atas tajuk.

NOTA PENTING : homestay ini tidak sesuai untuk yang bawa warga tua atau yang ada sakit lutut sebab ada tangga untuk sampai ke atas. ya homestay ini terletak di tingkat atas tetapi gate dan parking adalah asing daripada rumah bawah jadi tidak menganggu privasi. (sila lihat gambar teratas).

(pssstttttt.....kami sekeluarga pernah duduk di sini sebab itu berani rekemen di blog ini)

Tuesday, 5 August 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014


As salam

First time dlm 25 tahun berkahwin balik kampong pagi2 subuh. Kenapa?....kami yang menurut perintah.

Semua dah bersiap-siap nak balik kampong malam raya tu tapi tiba-tiba en lan kata kita balik lepas subuh esok pagi….maka ber”redha’lah semua nya. Tapi yang best malam tu berpakat lapar pulak maka esbok jadi mangsalah makan buah jambu, limau dan sengkuang calit…fine…alas perut sampai esok pagi.

Kul 5 dah kejut tapi seperti biasa bila kejut amat liat nak bangun…kelam kabut jugak yang cari pin, brooch, tudung, baju, butang baju melayu, samping, songkok…cam kelakar pulak tapi its nice to jadikan nostalgia…lebuh raya ke selatan lancar maka selamat sampai sebelum solat raya….lega semua suker

Pagi tu pergi ke pekan (ke Bandar?) untuk our photo shoot. kedai apek yang antik boleh lah daripada takder....Wah semua dah comel2…bergambar 6 beranak….pas tu bergambar pulak 4 beradik tapi jeng jeng jeng tiba-tiba…..ada orang buat spoil di pagi raya……………………………..boleh pulak bagi alasan "gambar famili yang amik bertahun2 pun tak pernah gantung so no hal lah ......."
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 

Moral of the story…tolong bawak kasut dalam kereta.

Monday, 24 March 2014

KUASA JARI






(Nota : rencana ini telah mendapat kebenaran drp Adminnya untuk dikongsi. terima kasih banyak-banyak. Sori guys aku memang jenis yang tak pandai nak mengarang panjang lebar dan kalau korang perasan aku memang jarang buat entri yang personal cuma ada satu dua  jer.so ini aku kopipes ajer ya untuk peringatan aku dan seper2 yang baca)


Allah menjadikan jari itu sebagai petunjuk bahawa dia maha kuasa dan kita perlu memikirkan kenapa Allah menjadikan jari ditangan dan dikaki. Tentu ada sebab dan musabab yang tertentu. Jari ada kuasa segala-galanya. Kalaulah kita tak ada jari dan hanya ada tangan sahaja, bagaimana mungkin kita nak bekerja, makan, minum dan segala-galanya akan menyusahkan diri kita sendiri.

Mari kita tengok satu persatu. Apakah tugas mereka:
 
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung dan dimartabatkan bahkan wajib dipelihara sampai darah yang terakhir. Kalau kita takbir dalam sembahyang pun, kita angkat kelima-lima jari ketelingan. Begitu juga ketika berdoa, angkat tangan, buka kesemua jari menandakan muafakatnya dalam ibadah.
 
2. Luruskan kan jari ke depan dlm keadaan terbuka dan Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan setiap hari.
 
3. Letakkan semua jari atas paha dan perhatikan. Bermula dr jari kelinking yg kecil kerdil, mcm manusia. apa benda pun akan start dr kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa pun semuanya bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan. Bak kata pepatah melayu, meletur buluh biarlah dari rebung.
 
4. Tengok jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran dan dugaan. Hanyan iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
 
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. kita dah punya status sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
 
6. Jari telunjuk– Jari menunjukkan kuasa. Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
 
7. renung pula la ibu jari.. besar/gemuk dan pendek menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang apa pun cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
 
Tengok semua jari anda dan renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang???
 
(Sources : gambar dari google, rencana dari SINI ) 

Friday, 21 March 2014

SAMBAL HITAM PAHANG (Belimbing Buluh)

 
 







SAMBAL HITAM PAHANG (BELIMBING BULUH)

Bahan-Bahannya : (nota : adalah diingatkan bahawasenya tuan blog memang jenis tidak ikut sukatan tepat semuanya main agak-agak sahaja, so kepada sesiapa nak ikut resipi ini maka tidak menjadi tanggungjawab tuan blog sekiranya ia tidak sebagaimana yang tuan/puan harapkan. Anyway practice make perfect).

BAHAN-BAHAN :

 
Belimbing Buluh
Ikan Bilis
Cili Padi
Bawang Besar
Bawang Putih
Kicap Lemak Manis
Garam
Gula
CARA-CARAnya :-
1)    Belimbing di basuh bersih dan dibuang hujung dan pangkalnya lalu direbus dengan menggunakan sedikit.air. Pastikan api kecil. Kacau selalu sehingga kecut dan pastikan tidak hangus. Angkat dan tumbuk kasar (tak perlu tumbuk kalau masa kacau tu dah sedia hancur, jgn risau sebab kita buat dia kan)
2)     Ikan bilis, cili padi, bawang besar+bawang putih semuanya ditumbuk. Jangan halus sangat. (kalau nak blender pun boleh tapi banyak air so lambat lah korang duduk kat dapur tu)
3)     Nak mula masak pergilah ambil kuali letak minyak masak tunggu betul2 panas. Masukkan bawang dulu dan goring hingga betul2 garing.
4)      Masukkan ikan bilis, goreng lagi sehingga garing.
5)      Masukkan cili padi dan belimbing.
6)     Masukkan gula garam dan kicap lalu di masak sehingga betul-betul mesra.Jaga api jangan besar sangat nanti hangus, dahlah warna hitam susah nak beza antara hitam dan hangus.
7)      Bila dah masak ketepikan minyak dan ambil lah sambalnya.
8)      Boleh makan dengan nasi panas atau roti.
9)      Sambal ini boleh tahan lama dengan tidak perlu masuk dalam esbok
Sekian. Sambal hitam ini popular dinegeri Pahang.