Saturday, 2 June 2012

SET TEKO DAN CAWAN SINGLE ROS HITAM



Assalammualaikum.
Khas kpd colletor Pinggan Mangkuk Lama sila klik sini untuk info lanjut, tq

Wednesday, 30 May 2012

KEDAI SIBER DIBUKA

Assalammualaikum,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim dengan ini saya ingin mewar-warkan KEDAIBLOG KAKZIE dibuka pada hari in 1 Jun 2012. Setakat ini barangan yang ada ialah Pinggan Mangkuk Lama. Kepada peminat-peminat PML silalah masuk dan boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Insyallah barang-barang lain akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat.

Tuesday, 29 May 2012

DAH MAKIN DEKAT?????

Assalammualaikum

Bersiaran kita malam ini. Apa khabar semua.Semuga sihat2 dlm bulan Rejab ini.

Pergi kerja pagi tadi lewat sebab ke Hospital buat temu janji. Terkejut tengok sekeliling kawasan kejiranan rumah penuh bendera parti politik dan bendera Malaysia. Boleh agak kan parti mana kalau dah nama dok kawasan ini hehehe.DAN adakah ini bermakna pilihanraya semakin mendekat?????....



nak cerita skit pasal gi hospital pagi tadi....dah lama tak pergi terkejut.... punyalah ramai orang...emmm alhamdullillah tunggu tak lama coz dah ada reference letter dari pakar. tunggulah jugak dalam 20 minit baru kena panggil...nombor 4055kaunter 4.... hehehe .

Dari jauh aku tengok mamat yg jaga kaunter 4 tu macam 'nerd' jer.....dah lah tak senyum tak bagi salam muka masam tanya pun, nak tak nak pas tu suara pun tak dengar apa dia cakap. blah---blah----blah---- akan pergi rehab. akun pun tak tau ayat apa rehab tu hahahaha...pas tu aku tanya kat mana? dia jawab sambil tanganpun nak tak nak angkat dan tunjuk arah dia jawab situ.....

aku tengok situ yg dia kata tu sikit punya banyak dah bilik2 khas spt obsterik...tah apa2 lah ayat2 hospital ni....so aku pun jalan lah tapi patah balik sbb rasa bodoh lah pulak ....nak jumpa mamat nerd tu semula sorry lah so aku redah jer kat nurse2 kat situ ..."KAK JLN TERUS JUMPA KEDAI JUAL PAU SEBELAH KANAN ".....hehehe tq nurse yg cun...senang pun nak jumpa.

moral of the story : jgn letak org yg macam nerd kat kaunter awam ya....


gambar2 dr google



Tuesday, 17 April 2012

Baca Blog Ini

Assalammualaikum
Dikesempatan di dalam kesulitan catatan ini dicoretkan untuk mewar-warkan tentang satu blog yang sangat menarik pada pandangan peribadi aku. Blog yang mudah, santai, mencuit hati, kelakar, kisah harian yang diolah dalam bentuk tulisan dan lukisan yang bersahaja yang dapat membuat kita gelak sorang-sorang. Untuk yang berminat silalah baca BLOG INI.

Sunday, 1 April 2012

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Assalammualaikum...,

lanjutan dari entri lepas dan jugak baca dr rakan2 blogger yg lebih awak war2 kan tentang  perkara ini maka tak lengkap kalau tak sertakan benda ni untuk rujukan kpd yang berminat (dh tentu yg keje gomen jer yg minat ni).

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 boleh tengok kat  SINI

Cara Pengiraan boleh tengok kat SINI

pesanan penaja :- so lepas ni harap sangat janganlah harga barang2 naik mendadak sesuka hati tanpa kawalan. Bukan apa kesian tau kat orang2 yang berpendapatan rendah atau org2 yg dok kat kampung2 terpaksa terima kesan dr kenaikan tersebut.



gambar ni ambil dr google

Thursday, 8 March 2012

Maklumat Penting Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)

1. SBPA – Dibatalkan kembali kepada SSM yang ditambah baik 

2. Penubuhan Suruhanjaya – Mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia Saraan dan rekabentuk masa depan sector awam 

3. Pelarasan gaji berdasarkan Matriks SSM ikut gred sebanyak;
- 13% untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-54) 
- 9% untuk Gred Utama dan Khas C, B, A 
- 8% untuk Turus III dan II 
- 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) 

4. Ubah Matriks kepada minimum dan maksimum – Gred 1-54. 

5. Gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

6. Jusa ke atas kekal SSM pelarasan ikut peratusan. 

7. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kawasan B dinaikkan 200 ke 250 sebulan, Kawasan C 100 ke 150.

8. Insentif Perkhidmatan kritikal, Wilayah, Pedalaman, Subjek Pendidikan dikekalkan ikut peraturan sedia ada 

9. Guru – Kekal keputusan kemajuan kerjaya – time base

 kredit utk :  Blog Anatasyea

As salam : walaupun dekat sahaja ke PICC tetapi sbb semua bertumpu di sana dalam satu masa perjalanan singkat menjadi sangat lambat . Pemandu bas yang cekap guna jalan pintas ikut bangunan KPKT...so cepat sampai. Tapi dewan utama dah penuh so kenalah dok di dewan A/B. kalau lah tak kerana SYMP tak ada aku rajin nak meredah ke sana....datang awal tapi kul 10 baru PM datang(kalau aku dtg lambat camtu leh tak...). sekejap jer pun PM berucap pas tu habis dan terus acara makan...perghhhhhhhhhh macam ikan piranha..semua makan sekejap jer habis...kesian lak adik yg bawak makanan tak sempat dia sampai ke meja dah diserbu ...hahahaha....masa nak balik pun satu hal sbb semua serentak nak balik...so apalagi bas dh tentu tak dibenarkan naik...kereta2 VIP/jabatan ajer yg naik....so apalagi menapak lah jawabnya dengan diiringi renyai-renyai manja. alhamdullillah turun bukit PICC tu so tak lah penat sangat kalau naik bukit mau tercabut kepala lutut.......bila dah sampai kat bas ada pulak kes sorang  tiba2 tertinggal...hahahaha tak tau camna hamba ALLAH sorang ni leh tercicir drp grup. sib baik dia tak kena naik bas nadi putra atau balik  jalan kaki...so moral of the story...tahniah utk diriku yg rajin tulis malam ni....wassallam.

Wednesday, 29 February 2012

RESIPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS PEDAS

Assalammualaikum,

adakah pembaca blog ini kisah samada penulis blog ni mengapdet blognya atau blognya bersawang-sawang? hahahahaha pastinya tiada yang kisah kan.

ok malam ini aku nak kongsi resipi yang memang ramai yang tau tapi nak masukkan kat sini juga. Resipi ni ringkas dan senang serta yummy. Aku ni jenis masak yang main agak2 dan main baling2 jer....maklumlah orang lama....tapi kali ini aku cuba bagi setepat mungkin sukatannya. Harapan kepada yang nak cuba boleh seimbangkan ya mana2 yang korang rasa tak balance.

 Oh ya...setengah org suka letak belacan tapi mandangkan di rumah ini belacan menjadi punca byk penyakit seperti gatal2 so aku tak letak belacan...saper nak letak silakan tentu rasanya lagi mantopppp.

Tengok gambar cam tak ngancam ekkkk.... tapi rasa insyallah sedap hahahaha mana ada orang letak kat blog resipi dia buat dia kata kurang/ tak sedap ...tul tak?



RESIPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS PEDAS

Bahan-Bahannya:

3 cawan kacang tanah yang telah digoreng
3 cawan ikan bilis halus yang telah digoreng
tempe goreng (potong kecil dan digoreng - yang ini tentative ya kalau suka boleh letak)

pastikan bahan-bahan yg digoreng telah betul2 sejuk sebelum di campur dengan sambalnya.

Bahan-bahan untuk di kisar

cili kering dalam satu genggam
cili padi dalam 15 biji
bawang besar 3 biji
bawang putih  satu atau 2 ulas
3 sudu gula melaka/merah/pasir
garam secukup rasa.

Bahan-bahan lain

air asam jawa
perasa makanan (ikut suka kalau nak letak)
 

CARA MEMASAKNYA :

1) Bahan yang dikisar tadi ditumis setelah minyak betul2 panas.(api hendaklah sederhana)
2) Masak sehingga kering dan pecah minyak.
3) Masukkan air asam jawa anggaran setengah cawan.
4) Masukkan garam, gula dan perasa. Ikut lah citarasa masing2.
5) Setelah betul2 pekat dan kering bolehlah matikan api.
6) Biarkan sambal sejuk. Bila dah betul2 sejuk masukkan lah kacang dan ikan bilis 
    tadi dan digaul mesra.
7) Tadaaaaaaaa......siap dan boleh dimakan.