Sunday, 16 October 2011

MAKNA DUDUK ANTARA DUA SUJUD




Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)




Monday, 10 October 2011

7 SUNNAH PENTING




Tazkirah untuk kita sama-sama beramal , Insya Allah



7 SUNNAH PENTING

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua:  
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

thank you PN HALIMATON ABD RASHID for sharing


Sunday, 21 August 2011

For Sharing


Untuk teman2 ku...semoga beroleh keberkatan di bulan mulia ini

Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah SAW
1. Rasulullah SAW marahnya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu marah
2. Rasulullah SAW tidurnya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu tidur
3. Rasulullah SAW makannya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu makan
**Puasa2 nih jgn marah2, jgn kuat tidur dan jgn terlalu banyak makan yaa~~

Teman, aminkan doa Rasulullah ini agar kita terbebas dari kehinaan, kekurangan & kefakiran. 'Allahumma inni a'udzubika minal faqri wal qillati wadz-dzillati wa a'udzubika min an azhlima aw uzhlama' Artinya 'Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari kefakiran, kekurangan & kehinaan. Dan kami berlindung kepadaMu dari mendzalimi & didzalimi orang lain.' (H.R Abu Dawud & Nasa'i)

Teman, aminkan doa ini  "Allahumma nabbihni fiihi libarakaati as-khaarihi wa nawwir fiihi qalbi bidhiya-i anwarihi wa khudh bikulli a'dhaani ilattiba'i atsarihi binuurika ya munawwir qullubil 'aarifin" Ya Allah, tunjukkan kpd kami dibulan ramadhan ini sgl berkah tersimpan di dua pertiga malamnya, terangkan hati kami dg cahayanya & bimbinglah slrh anggota tubuh kami unt mengikuti tanda2 keagungannya dg cahayaMu, Wahai Penerang Hati Org2 yg Arif

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama.
Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!
Contoh:
seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!!
Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah!

sumber : thank you khadijah for sharing
gambar: ehsan google

Friday, 12 August 2011

KALAU TAK PERCAYA CUBA 'TRY'


 
SEBELUM COUPLE :

L: Ye! abg dh lme tnggu saat nie!
P: Abg nk tngglkn syg ke?
L: Mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. x mngkin trjadi!!
P: Abg cntakn sygkan?
L: Ye,tiap hari.
P: Abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: Abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: Stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.
P: Abg akn pkul syg?
L: Giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: Bleh ke syg prcyekn abg?
L: Yaa!
P: Syg!
SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas pulak,,,,,,,,,,,hahaha..

Juz for fun..!
 
sumber:piang 

Tuesday, 2 August 2011

HARI KANTIN














Assalammualaikum,

selamat berpuasa. sudah masuk hari ke 2 kan. cepat masa berjalan. entri kali ini tak sepatutnya disiarkan di bulan ramadhan yg berkat ini kan..nak-nak kalau siang hari mungkin menambahkan dugaan. Anyway nak jugak letak sementara tuan punya blog ni tengah rajin. cheesse tart, cup cakes dan muffin comel tu adalah untuk jualan hari kantin sekolah. Mula-mula disuruh menjala tapi disebabkan maknya tahap kronik takut lak jala terkoyak maka senang order jer ngan CIKCT MURNI DELIGHT.so taraaaaaaaaaaaa...lihatlah gambar di atas tu ..pada sesiapa yg nak order selain drp kuih2 di atas silalah ya....

Wednesday, 27 July 2011

TERKESAN MEMBACA

Assalammualaikum,

Ramadhan bakal menjelang.Kepada semua diucapkan selamat menyambut Ramadhan. Saya nak share satu artikel daripada blog PROF KAMIL. Silalah baca kalau ada kelapangan. Saya sangat terkesan sebab artikel ini menyedarkan saya untuk sentiasa bersangka baik pada Allah serta sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebabnya.



p/s: bunga matahari tiada kena mengena dgn entri ini.- ehsan cik google.

Tuesday, 19 July 2011

CONTEST KUTUK BLOG ATUK

Assalammualaikum.

Blog aku yg boleh dikira baru ni...aku tengok banyak generasi2 muda yg jadi follower (refer sebelah kanan tu...ramai yg comel2). Berbanding dgn blog lama aku yg dah ranap (hairan jugak sbb kadang2 boleh tengok blog tu kadang2 tak boleh pulak) kebanyakkannya adalah otai2 yg sekegemaran.

Berbalik kepada tujuan utama entri kali ini adalah untuk mewar-warkan CONTEST KUTUK BLOG ATUK. dia ni walaupun nama atuk tapi aku rasa dia muda lagi.tidak lah berapa kenal sangat tetapi memandangkan semangat setiakawanblog hehehe maka aku sokonglah contest atuk ni....

kalau ikutkan syarat mudah sahaja iaitu atok suruh kutuk utk tambahbaik blog dia. pada aku blog dia ok jer, sempoi dan berilmiah byk bagi tips utk org2 yg sengal IT cam aku ni. so kpd kawan2 yg berminat nak join jemputlah ke sana. hadiah2 yg ditawarkan jugak lumayan.

Saturday, 9 July 2011

TRAGEDI TANJUNG KUPANG


Tarikh: 4 December 1977

Gambar ini dirakam pada tahun 1976 iaitu setahun sebelum kejadian

Mari ikuti kisah ini.

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
 
HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan – pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.
 

BARANG mangsa yang bertaburan dikumpulkan.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.
Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan – di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.
 
 


Sumber  cerita drp blog
 http://dyazaraa.blogspot.com/2010/02/kejadian-pesawat-terhempas-di-tanjung.html


....................................................................................................................................................
Tragedi Tanjung Kupang 4 Dis 1977

trajedi kapalterbang terhempas di tanjung kupang, gelang patah, johor
pada 4 disember 1977


7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl

7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
 
7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
 
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'

750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'

8.05 pusat mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki

8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki

kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653

8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang

seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

antara penumpang yg terkorban

menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
 
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
 
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
 
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
 
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil
 
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya

antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..

kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.
cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.
kelemahan ketika itu
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang

sumber- mastika jamuari 1978



ARKIB : 28/05/2011
Disemadi dalam suasana pilu




MUKA depan Utusan Malaysia keluaran 6 Disember 1977. - PUSAT MAKLUMAT UTUSAN


SUASANA hening menyelubungi kawasan perkuburan di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian sebenar kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang. Di situ bersemadinya 100 mangsa kapal terbang malang tersebut. 

Kelihatan beberapa kanak-kanak bermain bola sepak di kawasan tanah milik kerajaan seluas 10,000 kaki persegi itu (929 meter persegi). Ketika kami menghampiri, kanak-kanak terbabit berhenti bermain, dan kemudian meninggalkan tempat tersebut. 

Di kawasan perkuburan yang berpagar, tiada batu nisan kelihatan sebaliknya ia hanyalah sebuah padang hijau yang rata.Terdapat sebuah batu memorial yang tertulis, ''Mengingati mereka yang terkorban di dalam nahas kapal terbang di Tanjung Kupang, Johor - 4 Disember 1977." 

Pada majlis pengkebumian itu, cebisan mayat semua mangsa korban nahas kapal terbang terhempas telah ditempatkan di dalam tujuh keranda sebelum disemadikan bersama.
Perasaan pilu dan hiba mewarnai suasana sepanjang majlis pengkebumian yang diadakan selepas lima hari peristiwa itu berlaku. 

Dalam satu laporan berita bertajuk Mangsa-mangsa jet MAS disemadi dalam suasana pilu oleh wartawan Shukor Ismail dan Shamsuddin Abu Bakar, antara lainnya menyebut, mayat mangsa nahas penerbangan MH 653 itu disemadikan dalam suasana mengharukan. 

Apabila keranda mayat yang berisi cebisan daging dan tulang-tulang berkecai diturunkan ke liang kubur, beratus-ratus sanak saudara mangsa menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang tersayang.

Dalam menghadapi saat-saat mengharukan itu, kesemua mereka berkumpul dalam semangat penyatuan walaupun tidak dapat menentukan cebisan daging waris masing-masing.
Itulah kali pertama pengkebumian seumpamanya dalam sejarah negara. Daripada 100 mangsa nahas ngeri yang belum pernah terjadi tersebut, seramai 17 mereka beragama Islam.
Ribuan rakyat daripada pelbagai keturunan termasuk kira-kira 2,000 saudara mara mangsa nahas menghadiri upacara tersebut.

Bagi mangsa beragama Islam, dilakukan pembacaan talkin diketuai Imam Besar Masjid Abu Bakar, Mahat Mohd. Said. Pembacaan doa agama lain berlangsung mengikut cara masing-masing.

Keranda yang diselimuti kain putih itu diletakkan di atas permaidani merah diatur rapi sebelum dimasukkan ke liang lahad satu demi satu dengan iringan tangisan waris-waris. Kebanjiran manusia yang mengelilingi kawasan khas pengkebumian sunyi sepi seketika dengan wajah penuh simpati sebaik sahaja tujuh keranda yang mengandungi cebisan mayat itu dibawa ke kawasan tersebut oleh para anggota Persatuan Bulan Sabit Merah.

Beratus-ratus kalungan bunga yang dibawa oleh sanak saudara, sahabat handai dan pertubuhan bukan kerajaan, telah diletakkan di atas pusara mangsa tebusan kapal terbang malang tersebut. Hari ini, kawasan perkuburan itu dilihat semakin sepi seperti kisahnya yang telah dilupakan oleh kebanyakan rakyat negara ini.


  






Semasa berkunjung ke Tanah Perkuburan tersebut memang terdapat beberapa budak -budak remaja berbasikal dan bermain bola di situ tetapi mereka beredar bila ada orang berkunjung...mungkin mereka faham orang yg datang nak melawat.

Catatan di atas adalah drp beberapa sumber (Terima kasih)  cuma 7 gambar di bawah adalah daripada henpon ku. Diharap dapat kongsi maklumat ini dengan semua. Wassallam.