Wednesday 30 May 2012

KEDAI SIBER DIBUKA

Assalammualaikum,

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim dengan ini saya ingin mewar-warkan KEDAIBLOG KAKZIE dibuka pada hari in 1 Jun 2012. Setakat ini barangan yang ada ialah Pinggan Mangkuk Lama. Kepada peminat-peminat PML silalah masuk dan boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Insyallah barang-barang lain akan dimasukkan secara berperingkat-peringkat.

Tuesday 29 May 2012

DAH MAKIN DEKAT?????

Assalammualaikum

Bersiaran kita malam ini. Apa khabar semua.Semuga sihat2 dlm bulan Rejab ini.

Pergi kerja pagi tadi lewat sebab ke Hospital buat temu janji. Terkejut tengok sekeliling kawasan kejiranan rumah penuh bendera parti politik dan bendera Malaysia. Boleh agak kan parti mana kalau dah nama dok kawasan ini hehehe.DAN adakah ini bermakna pilihanraya semakin mendekat?????....



nak cerita skit pasal gi hospital pagi tadi....dah lama tak pergi terkejut.... punyalah ramai orang...emmm alhamdullillah tunggu tak lama coz dah ada reference letter dari pakar. tunggulah jugak dalam 20 minit baru kena panggil...nombor 4055kaunter 4.... hehehe .

Dari jauh aku tengok mamat yg jaga kaunter 4 tu macam 'nerd' jer.....dah lah tak senyum tak bagi salam muka masam tanya pun, nak tak nak pas tu suara pun tak dengar apa dia cakap. blah---blah----blah---- akan pergi rehab. akun pun tak tau ayat apa rehab tu hahahaha...pas tu aku tanya kat mana? dia jawab sambil tanganpun nak tak nak angkat dan tunjuk arah dia jawab situ.....

aku tengok situ yg dia kata tu sikit punya banyak dah bilik2 khas spt obsterik...tah apa2 lah ayat2 hospital ni....so aku pun jalan lah tapi patah balik sbb rasa bodoh lah pulak ....nak jumpa mamat nerd tu semula sorry lah so aku redah jer kat nurse2 kat situ ..."KAK JLN TERUS JUMPA KEDAI JUAL PAU SEBELAH KANAN ".....hehehe tq nurse yg cun...senang pun nak jumpa.

moral of the story : jgn letak org yg macam nerd kat kaunter awam ya....


gambar2 dr google