Assalammualaikum....
Sila baca petikan dari HM di bawah ni. Pelajar tersebut satu sekolah dengan Ezah
sebagai seorang ibu saya dapat rasakan betapa risaunya hati ibu-bapa Norizah. Mudah-mudahan dia dapat dijumpai segera, insyallah sama-samalah kita doakan.
PUTRAJAYA: “Kami terlalu risaukan keselamatan dirinya, sudah lima hari dia menghilangkan diri dan sehingga kini belum ada khabar berita apatah lagi dia keluar sehelai sepinggang. Kami bimbang penyakit kulit dan asma dihidapinya berulang,” kata Jamsari Yaakob, 42, abang ipar kepada Norizah Atikah Nordin, 12 yang hilang sejak Jumaat lalu.
Norizah Atikah, pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1) di sini keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang untuk menghadiri sesi pemilihan badminton di sekolah, manakala dia dan keluarga pulang ke kampung di Tanjung Karang, Selangor.
Katanya, dia meminta adiknya menumpang rumah kawan yang juga jiran sebelah rumah sepanjang mereka sekeluarga di kampung.
Namun, katanya kira-kira jam 9.30 malam dia dimaklumkan jiran itu bahawa Atikah tidak pergi ke rumahnya.
Berikutan itu, dia terus menghubungi telefon bimbit Atikah, namun panggilan diputuskan dan SMS dihantar tidak dijawab walaupun telefonnya aktif.
“Saya menelefon beberapa rakannya dan dimaklumkan Atikah pulang sebaik tamat sesi pemilihan bersama mereka, tetapi dalam perjalanan dia berjumpa rakan yang juga jiran kami dikenali Nur Atiqah Tajuddin, 15, sebelum mengikut remaja itu.
“Bagaimanapun, rakannya tidak tahu ke mana mereka pergi kerana semua pulang ke rumah,” katanya ketika hadir ke Harian Metro di sini.
Jamsari berkata, pada hari kejadian, Atikah yang berkulit cerah dengan ketinggian kira-kira empat kaki memakai kemeja-T lengan panjang, seluar sukan dan tudung hitam, serta memakai beg sandang hitam.
Katanya, mereka sekeluarga terus pulang ke rumah di Presint 9 sebaik mengetahui berita itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Putrajaya keesokkannya.
Menurutnya, keluarga Nur Atiqah turut membuat laporan polis pada hari sama.
Jamsari berkata, adik iparnya tinggal dengan mereka sejak dua tahun lalu, dan tidak pernah ada perselisihan faham, malah menganggap isterinya yang juga kakak Atikah seperti ibunya sendiri, selepas ibu kandungnya meninggal beberapa tahun lalu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubunginya di talian 012-6787318, isterinya, Masrina Rosli di 017-3791442 atau balai polis terdekat.
sumber dari HARIAN METRO
4D MOONCAKE HANTARAN
-
4D MOONCAKE HANTARAN, antara pilihan untuk hantaran yang unik, cetakan
yang bermotif di tambah dengan dekorasi bunga-bungaan. Bahagian tengah di
isi ku...
3 weeks ago
perkara macam nie memang slalu berlaku...tapi dari sangkaan sye..c hilang nie,kalo buka kene colek..c hilang nie folo bf kot..hehe..nth lah...nanti kalo jmpa tlpon lah no yg tertera tu..(o_o).....
ReplyDeletekisah bapak dan anak daranya bedah
jo....lebih kurang betul laah tu...
ReplyDelete