Maklumat Penting Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)
1. SBPA – Dibatalkan kembali kepada SSM yang ditambah baik
2. Penubuhan Suruhanjaya – Mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia Saraan dan rekabentuk masa depan sector awam
3. Pelarasan gaji berdasarkan Matriks SSM ikut gred sebanyak;
- 13% untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-54)
- 9% untuk Gred Utama dan Khas C, B, A
- 8% untuk Turus III dan II
- 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN)
4. Ubah Matriks kepada minimum dan maksimum – Gred 1-54.
5. Gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
6. Jusa ke atas kekal SSM pelarasan ikut peratusan.
7. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kawasan B dinaikkan 200 ke 250 sebulan, Kawasan C 100 ke 150.
8. Insentif Perkhidmatan kritikal, Wilayah, Pedalaman, Subjek Pendidikan dikekalkan ikut peraturan sedia ada
9. Guru – Kekal keputusan kemajuan kerjaya – time base
kredit utk : Blog Anatasyea
As salam : walaupun dekat sahaja ke PICC tetapi sbb semua bertumpu di sana dalam satu masa perjalanan singkat menjadi sangat lambat . Pemandu bas yang cekap guna jalan pintas ikut bangunan KPKT...so cepat sampai. Tapi dewan utama dah penuh so kenalah dok di dewan A/B. kalau lah tak kerana SYMP tak ada aku rajin nak meredah ke sana....datang awal tapi kul 10 baru PM datang(kalau aku dtg lambat camtu leh tak...). sekejap jer pun PM berucap pas tu habis dan terus acara makan...perghhhhhhhhhh macam ikan piranha..semua makan sekejap jer habis...kesian lak adik yg bawak makanan tak sempat dia sampai ke meja dah diserbu ...hahahaha....masa nak balik pun satu hal sbb semua serentak nak balik...so apalagi bas dh tentu tak dibenarkan naik...kereta2 VIP/jabatan ajer yg naik....so apalagi menapak lah jawabnya dengan diiringi renyai-renyai manja. alhamdullillah turun bukit PICC tu so tak lah penat sangat kalau naik bukit mau tercabut kepala lutut.......bila dah sampai kat bas ada pulak kes sorang tiba2 tertinggal...hahahaha tak tau camna hamba ALLAH sorang ni leh tercicir drp grup. sib baik dia tak kena naik bas nadi putra atau balik jalan kaki...so moral of the story...tahniah utk diriku yg rajin tulis malam ni....wassallam.
No comments:
Post a Comment