Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Sunday, 12 June 2011

MULUT LONGKANG

apa korang rasa ya bila saudara/kawan2 yang dh lama tak jumpa bersalam bukan tanya khabar tetapi yang keluar adalah ayat2 longkang seperti"gemuknya badan kau"..."bertambah-tambah besar badan kau"..serta ayat-ayat yang sewaktu dengannya.??????

Sikap suka menjatuhkan airmuka orang adalah sesungguhnya bukan sikap manusia bertamadun yang berbudi bahasa. Dah lah usia lebih tua dari aku patutnya bagilah contoh yang baik. Adakah dengan berbuat demikian akan memuaskan hati orang yang bertanya????

Kejadian berlaku bila berkunjung ke rumah sahabat merangkap saudara. Aku dah bersedia tau sebab kejadian begini bukan pertama kali berlaku....kalau tak bini dia yang kuarkan ayat longkang...sure laki dia yg berbuat demikian. sebab tu aku malas nak pergi rumah dia...tapi kejadian tu berlaku dirumah sahabat merangkap saudara ...so i have no choice to avoid them...

Betul pun.....dia kutuk dah........memandangkan aku dah ready utk terima kutukan...so aku sengih jer depan dia....tapi dalam hati aku "GERAMMMMMMMM". aku berdoa biarlah ALLAH yang balas.kenapa ya sesetengah orang tidak pernah nak fikir dulu sebelum bercakap... untuk sedapkan hati aku ...aku cakap sorang diri....walaupun badan aku besar gajah aku tak pernah mintak duit dia untuk hidup.Dasyat sungguh entri aku kali ini.

Sunday, 22 May 2011

NUR KASIH THE MOVIE

tiket

beratur beli pop corn

menunggu masuk

dapat free ni bila beli pop corn - ngeri
Assalammualaikum

Nur Kasih cerita bersiri TV yg dikatakan ramai pengikut. Diangkat menjadi sebuah filem. Promo dan tarikan sangat kuat membuatkan aku nak pergi tengok. Kirim kat kakak beli tiket jumaat lepas dgn berbekalkan pesanan ambil 3 tiket..yang adik punya siap bagi kad pelajar supaya dapat harga pelajar. Cari seat yg ok jgn depan sangat. Penghabisan nya dia beli 3 tiket semua dewasa, tempat duduk sib baik ok tengah2 tapi sayang kena tengok show kul 11 malam. En lan yg baru balik out station terpaska ikut jugak walaupun dia tanya kalau dia tak pergi boleh tak. Dah tiket dibeli so en lan have no choice. Kul 10.30 malam bertolak dihantar oleh si sulong...kena pow pulak dia suruh beli 2 kotak pop corn dah lah masa terhad...nak tak nak gi beli lah jugak. Balik pulak si angah yg jemput.

Mungkin expectation aku tinggi kat Nur Kasih ni...macam aku tak puas hati pulak. Banyak yg menjadi aku tertanya-tanya...antaranya...kenapa Nur dan Adam perlu pergi Jordan untuk makan angin? Lepas tu kenapa si Adam perlu pergi cari jugak cincin Nur dalam keadaan baru lepas kemalangan. Lepas tu kawasan kemalangan tu pun tak nampak macam real kemalangan...aku agak mungkin kesukaran pengambaran di padang pasir. Dan yang paling aku konpius adalah bila Nur jadi macam orang sasau, cam hilang ingatan...cam tak kenal dgn anak saudara dan anak sendiri...

Yang paling aku terkesan adalah lakunan mamat(tak tau nama pelakon ni) dan rakan2  dia bagus. Oh ya tak lupa jugak yang jadi mak adam dan aidil tu (sori nama lupa)....memang bagus lah feel dia...memang boleh nangis tengok watak dia.Markah aku nak bagi ialah 6 out of 10. Kenapa sampai sekarang aku rasa indah promo dari cerita sebenar?????

Pandangan diatas adalah pandangan peribadi aku sendiri tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah tiada.

Friday, 6 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Assalammualaikum.

esok hari ibu ya???

ya di atas itu adalah hari ibu drp ezah. satu-satunya antara anak-anak yg tidak pernah lupa nak bagi hadiah bila hari ibu. tersentuh. terima kasih ezah. kali ini dia bagi hadiah yang ala-ala mak suka tatapi sebenarnya kita yang lebih suka. bermakna bila mak makan jangan habiskan tau...ingat-ingat kat kita.hahahaha sekilas air di tasek putrajaya mak dah tau jantan betina nya dik. Serampang dua mata, sambil menyelam minum air lah kiranya hadiah tu. Apa-apa pun mak sangat berterima kasih.

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu dan bakal ibu-ibu semua.

Tuesday, 3 May 2011

RESIPI ASAM PEDAS MUAR

asam pedas ikan mayong

daun limau purut.daun kesum dan belimbing buluh

bahan tumis

bahan blender

rupa iakn mayong yg direndam dgn limau dan tepung utk hilang hanyir

asam pedas tanjung

asam pedas tanjung

asam pedas tanjung



Assalammualaikum

sebelum meneruskan tulisan aku nak minta maaf kepada sesiapa yang rasa terganggu dgn tulisan caca marba dan ayat lintang pukang ku ini... aku tak pandai mengarang walaupun hobi aku membaca novel tapi ......ok lah jom baca

hujung minggu cuti 3 hari sempena 1 mei hari buruh. pagi2 aku dan en lan berdua sahaja bertolak ke muar menjenguk mak yg dah 4 bulan aku tak ziarah dan jugak mengambil anak. maaf kan aku mak bukan sengaja tetapi kekangan waktu tidak mengizinkan termasuk en lan yg tidak berapa gemar aku memandu jauh2.untuk mempositifkan diri aku anggap dia sayang kat aku sebab tulah dia tak bagi mandu jauh2 (sebenarnya dia bimbang kut aku boleh sampai 2 jam ke muar bila memandu sendiri).

sampai muar kami terus ke tanjung emas. aku order rojak tauhu dan mee bandung.tak terkata en lan tengok aku order….dahsyat kan hahaha...sabar ajer..lepaskan gian lama tak balik ni. lepas tu tapau asam pedas muar. bukan nak berlagak tapi aku rasa cam cair jer asam pedas dia dan rasa pulak dia letak pak aji banyak sebab tu sedap.

jadi kat bawah ni aku bagi resipi asam pedas muar versi diriku sendiri dan diceduk jugak daripada mak.kiranya resipi ni kena pandai2 adjust sendiri ya...sebab semua bahan main agak2 ajer ikut kesesuaian bahan2 yang ada.practise make perfect so kalau tak jadi jgn putus asa ya anak2....teruskan dan cuba lagi hingga sedap ditekak sendiri. lagi satu sesiapa orang muar mmg kena wajib tau masak asam pedas.





RESIPI ASAM PEDAS MUAR




1)       ikan mayong
 (jenis ikut cita rasa  ikan merah boleh  ikan parang boleh ikan tenggiri boleh jangan ikan bilis sudah)

2)       cili kering ,bawang besar, bawang putih,halia (agak2), lengkuas(agak2) dan kunyit sebesar ibu jari (kalau ibu jari kecik boleh lah pakai ukuran ibu jari kaki)

3)       Kalau suka letak belacan pun boleh
(saya tak letak sebab dlm rumah ni ada species yg  sakit gatal2 makan belacan)

4)       Sesudu besar lada hitam biji
(sebab aku pakai ikan mayong so nak kurangkan bau aku suka letak lada hitam ni)

5)       Perkara  (2), (3) dan (4) tu di kisar mesin ek tapi kalau nak giling pun takder hal punya..

6)       Bahan tumis pulak aku pakai satu labu bawang, 3 ulas bawang putih dan 3 hirisan halia.semua dihiris halus .

7)       Air asam jawa

8)       Kalau nak letak sayur boleh jugak spt terung, bendi atau belimbing besi (belimbing ni kategori sayur ker?belasah jerlah ya)

9)      Untuk tambah bau2an wangi boleh masukkan jugak daun kesum atau limau purut.

CARA MEMBUATNYA:-

1)       DENGAN BACAAN BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM TUANGKAN minyak masak dalam periok. Jangan tuang minyak tanah pulak mau terbakar rumah kak limah

2)       Bila dah panas tumis bahan (6) hingga naik bau  dan garing.

3)       Masuk bahan (5). Api kecilkan dan biarkan bahan garing slow and steady. Kacau lah selalu nanti hangus pulak. Masa ni saya suka letak daun kesum terpulanglah ikut suka nak letak masa akhir pun boleh)

4)       Bila dah keluar minyak , masukkan air agak2 jgn byk sangat tau sbb belum masuk air asam jawa lagi nih.

5)       Bila dah mendidih masukkan ikan…biarlah masak sebentar.baru masukkan air asam jawa.

6)       Masukkan sayur spt terung/bendi/belimbing besi serta daun limau purut.

7)       Rasa garam, asam serta manis (kalau saper suka letak lah gula kalau tidak tak payah).

8)       Dah masak boleh lah dihidangkan dan jangan lupa ucapkan alhamdullillah…serta selamat beramal.

Thursday, 21 April 2011

Bermula dengan AYAM GORENG...


white board yg telah disalah guna.

Assalammualaikum..dan selamat malam
Emmm hari begitu cepat berlalu sekejapan sahaja bulan April dah nak menarik tirainya. Pagi petang berlalu hasrat hati nak update blog tapi asyik tertangguh...kepenatan terus tertidur. Dahlah kat opis blog pun kena block....so memalam apa yg dapat dibuat ialah berblog walking sahajalah.
Cukup...
Aku tak suka mengarang. Bukan jiwa ku. Sebab tu PTK aku gagal berkali-kali. Nasib baik lah lulus cukup makan kalau tidak masuk dalam kategori bengap.
Apa kaitan dengan entri  kali ini?  
Gambar di atas itu aku ambil daripada white board yg en lan gantung untuk kemudahan kami sekeluarga. Tetapi telah disalah gunakan oleh  mereka2 yang menghuni dengan ku saper lagi kalau bukan anak-anak.
 Sebabnya…bermula dengan  ayam goreng…aku dah goreng tapi tak cukup so adik nya nangis  sebab leka internet bila dah rasa lapar baru teringat nak makan....bila turun bawah  makanan habis di makan oleh abang dan kakak. So apa lagi menangislah.....bila dah malam baru si adik nak buat homework dia dan baju sekolah tidak mau digosok. Atas arahan en. Lan si abang kena gosok baju sekolah si adik.....apa lagi gosok lah dengan hati yang bengkak......sebab tu lah lukisan tu dilukis disitu ...luahan rasa.........sabar aje lah ngan kerenah budak-budak ni....kena maintain ayu if not boleh jadi seperti di bawah:-