Saturday, 9 July 2011

TRAGEDI TANJUNG KUPANG


Tarikh: 4 December 1977

Gambar ini dirakam pada tahun 1976 iaitu setahun sebelum kejadian

Mari ikuti kisah ini.

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
 
HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan – pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.
 

BARANG mangsa yang bertaburan dikumpulkan.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.
Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan – di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.
 
 


Sumber  cerita drp blog
 http://dyazaraa.blogspot.com/2010/02/kejadian-pesawat-terhempas-di-tanjung.html


....................................................................................................................................................
Tragedi Tanjung Kupang 4 Dis 1977

trajedi kapalterbang terhempas di tanjung kupang, gelang patah, johor
pada 4 disember 1977


7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl

7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
 
7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
 
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'

750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'

8.05 pusat mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki

8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki

kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653

8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang

seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

antara penumpang yg terkorban

menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
 
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
 
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
 
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
 
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil
 
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya

antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..

kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.
cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.
kelemahan ketika itu
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang

sumber- mastika jamuari 1978



ARKIB : 28/05/2011
Disemadi dalam suasana pilu




MUKA depan Utusan Malaysia keluaran 6 Disember 1977. - PUSAT MAKLUMAT UTUSAN


SUASANA hening menyelubungi kawasan perkuburan di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian sebenar kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang. Di situ bersemadinya 100 mangsa kapal terbang malang tersebut. 

Kelihatan beberapa kanak-kanak bermain bola sepak di kawasan tanah milik kerajaan seluas 10,000 kaki persegi itu (929 meter persegi). Ketika kami menghampiri, kanak-kanak terbabit berhenti bermain, dan kemudian meninggalkan tempat tersebut. 

Di kawasan perkuburan yang berpagar, tiada batu nisan kelihatan sebaliknya ia hanyalah sebuah padang hijau yang rata.Terdapat sebuah batu memorial yang tertulis, ''Mengingati mereka yang terkorban di dalam nahas kapal terbang di Tanjung Kupang, Johor - 4 Disember 1977." 

Pada majlis pengkebumian itu, cebisan mayat semua mangsa korban nahas kapal terbang terhempas telah ditempatkan di dalam tujuh keranda sebelum disemadikan bersama.
Perasaan pilu dan hiba mewarnai suasana sepanjang majlis pengkebumian yang diadakan selepas lima hari peristiwa itu berlaku. 

Dalam satu laporan berita bertajuk Mangsa-mangsa jet MAS disemadi dalam suasana pilu oleh wartawan Shukor Ismail dan Shamsuddin Abu Bakar, antara lainnya menyebut, mayat mangsa nahas penerbangan MH 653 itu disemadikan dalam suasana mengharukan. 

Apabila keranda mayat yang berisi cebisan daging dan tulang-tulang berkecai diturunkan ke liang kubur, beratus-ratus sanak saudara mangsa menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan kesedihan kehilangan orang yang tersayang.

Dalam menghadapi saat-saat mengharukan itu, kesemua mereka berkumpul dalam semangat penyatuan walaupun tidak dapat menentukan cebisan daging waris masing-masing.
Itulah kali pertama pengkebumian seumpamanya dalam sejarah negara. Daripada 100 mangsa nahas ngeri yang belum pernah terjadi tersebut, seramai 17 mereka beragama Islam.
Ribuan rakyat daripada pelbagai keturunan termasuk kira-kira 2,000 saudara mara mangsa nahas menghadiri upacara tersebut.

Bagi mangsa beragama Islam, dilakukan pembacaan talkin diketuai Imam Besar Masjid Abu Bakar, Mahat Mohd. Said. Pembacaan doa agama lain berlangsung mengikut cara masing-masing.

Keranda yang diselimuti kain putih itu diletakkan di atas permaidani merah diatur rapi sebelum dimasukkan ke liang lahad satu demi satu dengan iringan tangisan waris-waris. Kebanjiran manusia yang mengelilingi kawasan khas pengkebumian sunyi sepi seketika dengan wajah penuh simpati sebaik sahaja tujuh keranda yang mengandungi cebisan mayat itu dibawa ke kawasan tersebut oleh para anggota Persatuan Bulan Sabit Merah.

Beratus-ratus kalungan bunga yang dibawa oleh sanak saudara, sahabat handai dan pertubuhan bukan kerajaan, telah diletakkan di atas pusara mangsa tebusan kapal terbang malang tersebut. Hari ini, kawasan perkuburan itu dilihat semakin sepi seperti kisahnya yang telah dilupakan oleh kebanyakan rakyat negara ini.


  






Semasa berkunjung ke Tanah Perkuburan tersebut memang terdapat beberapa budak -budak remaja berbasikal dan bermain bola di situ tetapi mereka beredar bila ada orang berkunjung...mungkin mereka faham orang yg datang nak melawat.

Catatan di atas adalah drp beberapa sumber (Terima kasih)  cuma 7 gambar di bawah adalah daripada henpon ku. Diharap dapat kongsi maklumat ini dengan semua. Wassallam.

TUTTI FRUITTI DAN KEBUN TEH









Assalammualaikum.

sudah lama nak taip kisah ini ...tetapi disebabkan kesempitan masa maka kesempatan hanya dapat direalisasikan hari ini.

Bulan Mei lepas pergi JB ikut EnLan out station. Tengok kat paper dan potong pasal Tutti Fruitti ni dah lama...ada buka cawangan lagi di Taman Kebun Teh. Usahakan jugak mencari tempat ini untuk cuba apa istimewanya TF ni...emmm sedap jugak yogurt aiskrim tapi harga boleh tahan jugak...dia ikut berat semakin berat semakin mahal..terdapat berbagai perisa...dan self-service. Terpaksa berkunjung 2 kali ke sini dik penangan kesedapannya....paksaan dari si bongsu lah ni.

tulisan di atas sebenarnya bukan promo tau...aku bukan duta TF.tapi aku suka tulis ikut suka hati ku. selain kunjungan ke TF ada lagi satu agenda kenapa aku ke sini....

kedudukan FT di Taman Kebun Teh adalah bersebelahan dgn kawasan perumahan yg pernah aku sewa sewaktu pertama kali berhijrah ke JB. Jalan Seruling....kawasan perumahan itu tidak banyak berubah...yg berubah adalah kawasan disekitarnya. Rumah yang pernah aku sewa bersama kak tipah, kak bee,yati, kak rabiyah, rosnah dan norli byk meniggalkan nostalgia.

rumah yg kami sewa ni terletak betul-betul di belakang Tanah Perkuburan Tanjung Kupang. Sempat jugak kami berkunjung ke Tanah Perkuburan tersebut. Nantikan sedikit catatan tentang tragedi ini selepas entri ini.

Sunday, 3 July 2011

Sila Baca Kisah Ini.

As salam, kepada yang ingin tahu lebih lanjut sila lah baca kisah ini...tq

Kisah Noormawati

Tuesday, 28 June 2011

PUASA SUNAT ESOK

Bersempena 27 rejab ini, elok lah kita berpuasa sunat di siang nya dan beramal di malam nya kerana banyak keistemewaan dan ganjaran pahala di bulan Rejab ini.
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Nabi Muhammad S.A.W. ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Dan tahun ini, ianya bersamaan 29hb jun 2011.

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1)

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18)

Ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa isra mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin. .
Terdapat hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku di israk hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahanda nya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakan lah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun :-

1) Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.

2) Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

3) “Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

4) “Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

5) “Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

6) “Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

7) “Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

8)  “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

penghargaan : terima kasih JAH

Sunday, 12 June 2011

MULUT LONGKANG

apa korang rasa ya bila saudara/kawan2 yang dh lama tak jumpa bersalam bukan tanya khabar tetapi yang keluar adalah ayat2 longkang seperti"gemuknya badan kau"..."bertambah-tambah besar badan kau"..serta ayat-ayat yang sewaktu dengannya.??????

Sikap suka menjatuhkan airmuka orang adalah sesungguhnya bukan sikap manusia bertamadun yang berbudi bahasa. Dah lah usia lebih tua dari aku patutnya bagilah contoh yang baik. Adakah dengan berbuat demikian akan memuaskan hati orang yang bertanya????

Kejadian berlaku bila berkunjung ke rumah sahabat merangkap saudara. Aku dah bersedia tau sebab kejadian begini bukan pertama kali berlaku....kalau tak bini dia yang kuarkan ayat longkang...sure laki dia yg berbuat demikian. sebab tu aku malas nak pergi rumah dia...tapi kejadian tu berlaku dirumah sahabat merangkap saudara ...so i have no choice to avoid them...

Betul pun.....dia kutuk dah........memandangkan aku dah ready utk terima kutukan...so aku sengih jer depan dia....tapi dalam hati aku "GERAMMMMMMMM". aku berdoa biarlah ALLAH yang balas.kenapa ya sesetengah orang tidak pernah nak fikir dulu sebelum bercakap... untuk sedapkan hati aku ...aku cakap sorang diri....walaupun badan aku besar gajah aku tak pernah mintak duit dia untuk hidup.Dasyat sungguh entri aku kali ini.

Wednesday, 1 June 2011

BAHAYA COKE

INFO menarik untuk dikongsi bersama....

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang samasekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jamdan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .

Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. candu masuk China dulu.

Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dala masa 24-49 jam.

Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.

Sumber: malaysiasensasi.net dan http://kooci.blogspot.com/