Saturday, 8 December 2012

PARKING under MPSJ

Assalammualaikum...

punyalah lama tak buat entri...dan adalah pulak google blog ni buat tah apa2 format baru sampai susah aku nak cari mana nak start...lamakan tak buat entri banyak nak tulis tapi ....seperti biasa ....

ok this entri is made (omputih jap) sebab aku bengang tul ngan kes ni...kejadian berlaku last week. sori ok gambar2 tu aku tak edit mana yg patut coz i'm not use with this pc.

area itu kat puchong...aku dah kuar gambar pepandai lah korang cari (hahahaha ada ker nak cari?)

last week ngan en lan dok sebey kedai mangkuk jamban and kedai lampu (jauh kaitan antara dua product ni kan) kat area puchong. masa tu hujan manja baru nak turun tapi ok lagi....masa nak cari parking nampak satu kereta ni nak keluar so en lan pun stand by and bagi signal kanan. masa itu aku dah disuruh keluar dulu coz takut hujan lagi lebat......standby nak masuk....lepas tu tup-tup kereta itu keluar ada sorang mamat ni (petugas kat kedai No.1) dgn selambanya amik cone merah dan melintangkan kat parking yang nak dimasuk tu sampai berjalan dan tersenyum suka ....

en lan yang berganda penyabar dari aku ni tetiba sudah keluar kereta dan alihkan cone merah itu.....aku pun eeekkk apa hal ni...rupanya dia alihkan untuk letak jugak kereta disitu....

tetiba ada amoiii cina (i'm not sure...maybe ccina from china or vietnam...whatever lah coz slang dia lain macam benar )...bagi tau aku no...no...no....aku kata itu public parking coz line kuning bukan line merah yang macam kedai dia tu....kat kat depan kedai dia tak silap aku ada 4 parking line merah siap ada signage tulis majlis perbandaran subang jaya....amik ko MPSJ buat homework ok....(line parking merah depan kedai dia tu tanda parking bay dia beli ker????)

aku bagitau dia why we are not allow to park opposite your shop ...its yellow line for public.....dia jawab no....no...no.... kalau tau cakap tu jer dah sahih mmg ko tak paham apa aku cakap. so aku kuarkan hp dan buat2 calll MPSJ padahal aku call en lan jer....wah....dia terus masuk dalam dan macam takut tau..........

pas tu kami pun servey lah apa yang patut tapi en lan cuak jugak tau coz dia takut tayar kereta dia tinggal 3 so we all tak lama disitu dan balik....

moral of the story aku hangat betul orang asing berani buat benda2 macam tu kat kita rakyat malaysia yang bayar cukai setiap tahun....please lah pantau benda ni....






Wednesday, 29 August 2012

MENCARI BUYER INI


As salam

Entri yang terpaksa dibuat jugak walaupun malu

Kepada pembeli set cawan di atas minta tolong sangat sms atau emel kepada saya alamat.

Tadi dalam jam 9 dah siap call buyer ini coz dia dah siap bayar online dan dah janji nak pos esok (memang dah siap pun nak pos). tetapi malang sungguh sebab hp ada masalah tadi dan anak pulak tolong tukar ke hp lain dan dia terdelete semua sms/incoming call/call made adussssssssssss tak sempat nak save langsung. So alamat buyer tak sempat nak catat termasuk no hp tak sempat nak save.....Minta tolong sangat kepada buyer (minta maaf kat buyer ni dulu dan harap lah sangat dia baca entri ni.yg saya ingat buyer ni dari Kulai, Johor.) dpt sms atau emel semula ya . No hp saya masih sama.

Terima Kasih

Tuesday, 28 August 2012

CERITA RAYA FEAT HARI KELUARGA 2012

3 beradik perempuan arwah abah pakai tudung sama..sebelah kanan adalah kakak ipar (mak)





dari kiri Mak Encik, Mok Su dan Arwah Mak Andak ...dan mak 


yang tudung putih Kak Sak, tudung pink Kak Tenong (sori kak tak tau nama betul) dan T-shirt merah Faris, semua tu sepupu

anak-anak saudara jaga pendaftaran

tetamu bersiap sedia utk mulakan acara family gathering

makan time - ada kambing panggang sempena aqiqah cucu saudara ...sekejap sahaja dah wassalam

makan time

makan time

cari ketenangan sendiri makan time - anak saudara (aliyah)

kak ipar  bersama anak-anak saudara
Arwah sepupu (pakai spec)



kak ipar,, adik (ni rumah dia tapi mak duduk sini)  dan anak saudara



As salam
 
masih dalam Syawal 1433 H, selamat hari raya dan maaf zahir
bathin. Tajuk tak boleh blah kan macam lagu-duet artis sahaja (hehehe)
 
Gambar-gambar di atas sebenarnya adalah gambar semasa Hari
Keluarga Hj Ehsan pada Januari 2012.
Tidak relevan langsung dengan
suasana Hari Raya kan. 
 
Hari Keluarga Haji Ehsan memang diadakan setiap tahun dan selalunya ambil masa pada hari raya cina. Giliran ikut turutan dan setakat yang kami buat tahun ni dapat kumpulkan 200 lebih ahli keluarga. Alhamdullillah dan jugak satu akaun FB dah dibuat. Jadi apa sahaja berita terkini boleh dicapai dan tahu dalam masa yang cepat. Acara simple...game untuk kanak-kanak, game untuk dewasa, penceritaan sejarah keluarga, cabutan nombor bertuah, saguhati kepada anak-anak yang berjaya dalam PMR dan SPM serta makan-makan.  
 
Walau bagaimanapun, kisah yang hendak
diceritakan ini sebenarnya  ada kaitan jugaklah dengan gambar2 itu.
 
Seminggu puasa (Ramadhan – 27/7/2012) terima berita sepupu meninggal
dunia kerana barah payudara. Sedih sebab masa Hari Keluarga tempohari
dia datang ke rumah mak dalam keadaan sihat dan ceria.

Hari Raya pertama pula dalam 6.30 petang bila sampai dari rumah MIL ke
rumah mak, sorang mak saudara dengan anak-anaknya datang ke rumah. Mak
saudara ni adalah adik kepada arwah abah, panggilan Mak Andak.
Selalunya dia akan datang ke rumah pada hari raya kedua atau lewat
sikit. Walau pun umurnya 78 tahun tetapi alhamdullillah kesihatan
masih baik, tiada sakit apa-apa. Boleh berjalan dan sentiasa
tersenyum. Anak dia cerita Mak Andak ni jenis yang tidak tahu duduk
diam, sentiasa nak bekerja. Aktiviti yang selalu dia buat ialah
menyapu daun kering di sekeliling rumah. Sehinggakan dia akan gegar
pokok  supaya daunnya jatuh agar dia dapat menyapu daun-daun tersebut.
Memang kita orang gelak dengar.

Pada keesokkan harinya (hari raya kedua 20/8/2012) pagi-pagi lagi kita
orang dah sepakat nak beraya sambil melawat sepupu yang tidak sihat
selepas operate lutut (kakak kepada arwah sepupu kata atas tu). Tapi
kakak aku bagitau dia terima panggilan bagitahu Mak Andak dah
meninggal dunia. Memang sangat terkejutlah sebab baru jer semalam dia
datang rumah. Ceritanya dia rasa letih dan nak tidur selepas menyapu
sekeliling rumah. Cucu datang tengok atok sedang nazak dan panggil
maknya tapi tak sempat maknya sampai dah meninggal.
 
Kini daripada 8 adik beradik arwah abah yang tinggal 2 mak saudara sahaja.

Hari Raya ketujuh (25/8/2012) pula terima berita bapa mertua kakak
meninggal di Melaka dalam usia 82 tahun. Arwah Pak Talib sebelum ini
ada penyakit lemah jantung tapi masih boleh berjalan dan uruskan diri
sendiri.

Semasa malam hari raya kedua pula sekeluarga jiran lama masa kat
Singapura (tapi dia dah duduk kat Parit Bakar) datang. Kami pangil dia
Kak Nina. Masa kat Spura dulu dia berjiran dengan keluarga kami. Masa
tu dia dan suami serta dua anak lelaki nama Mansur dan Udin (nama
manja ni nama betul tah tahu) masih kecil lagi. Masa tu kami umur 8
dan 9 tahun dan budak2 ni dalam setahun dan beberapa bulan. Masa tu
duduk di Paya Lebar dan macm kampong setinggan so ikatan kejiranan
kuat memandangkan ramai yang asal dari Muar. Semasa diarahkan pindah
ke flat keluarga kami balik kampong dan keluarga Kak Nina ni duduk di
JB. Selepas itu dah terputus hubungan. Tetapi bila balik ke Muar arwah
abah ni rajin jejak kasih tambahan kampong Parit Bakar dekat-dekat jer
 so dapatlah jumpa balik. Anak dia ada 4 orang, 2 lelaki dan 2
perempuan.

Jadi masa Kak Nina ni datang beraya aku pun tanyalah pada dia tentang
2 ahli keluarga dia yang telah meninggal dunia. Suami dia telah
meninggal semasa bekerja di Singapura. Masa itu dia sedang sarat
mengandung anak yang keempat (dia ni lah bawak mak dia beraya kat
rumah mak dan juga dia nilah yang berusaha cari rumah mak setelah
rumah lama kami dirobohkan – sanggup talipon ketua kampong bertanya
tentang mak duduk kat mana sekarang ). 
 
Kak Nina cerita lagi semasa selesai jenazah suami dikebumikan lepas magrib dia pun sakit hendakbersalin anak bongsu tu. Kemudian anak dia yang sulong si Mansur dapat
masuk sekolah Sains Muar. Dia cerita anak dia meninggal dalam
Tingkatan Dua…rupa-rupanya selama ini dia tidak tahu yang anak dia ni
sakit buah pinggang. Anak dia selalu ke Hospital Muar dari sekolah, Kak Nina ni hanya tahu bila saudara dia yang bekerja di Hospital Muar bagitahu. 
 
Yang sedihnya dia hanya diberitahu oleh cikgu yang datang ke rumah yang anak dia telah meninggal dunia.Sekarang ni dia duduk dengan anak  (Udin yang baru kahwin) sambil bela cucu (anak sibongsu). Tiap-tiap tahun Kak Nina ni mesti datang raya jumpa mak, cuma tahun ini aku berkesempatan jumpa dia. Sayanglah lupa nak snap gambar masa dia datang raya hari tu.

Sedih kan, setiap orang berlainan dugaan dan ujian yang Allah berikan.
 
Moral of the story  :

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan

dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang
mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan
tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas
setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang
terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang
diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan;
dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
 
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini
menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu
waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat
siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan
siapa yang putus harap.
 
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan
ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan
kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta
kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan
ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir
al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Sunday, 5 August 2012

RESIPI KERABU MANGGA MUAR
















Assalammualaikum..
 
hari ini 16 Ramadhan dan esok 17 Ramadhan. Apa khabar kepada yang sedang membaca blog ini? Mudah-mudahan sihat. 
 
Tajuk di atas tu tak relevan sangat dengan gambar-gambar di atas nun. Anyway resipi akan saya tulis jugak di bawah. Tajuk resipi tu saya sajer cipta coz kalau cari kat Muar memang sampai bila2 pun tak jumpa...tak macam mee bandung Muar yang pemes tu.
 
Selalunya makanan berbuka tidaklah sebanyak itu tetapi weekend ni semua ada so lebih sikit dari biasa. 
 
Dan hari ni buat sekian kalinya mood ting tong tuan blog terlebih rajin mengaptured gambar utk di naikturun ke blog ini siap ada border-border lagi cantik tak? hahaha (orang dah lama guna aku baru nak buat )

RESIPI KERABU MANGGA MUAR

SATU BATANG KAROT MERAH
2 BIJI MANGGA MUDA
DAUN SELOM
3 HELAI DAUN LIMAU PURUT
1 BATANG SERAI
1 BATANG BUNGA KANTAN
1 BIJI TOMATO 
CILI PADI - IKUT NAK PEDAS OR NOT
1 BIJI BAWANG BESAR
1 BIJI BAWANG PUTIH
CUKA (KALAU TAK ADA CUKA PAKAI JER CUKA KURMA, LIMAU NIPIS/LIMAU KASTURI ATAU AIR ASAM JAWA)
GULA, GARAM.
 
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
 
1) POTONG HALUS SEMUANYA
2) CAMPURKAN SEMUA
3) GAUL RATA
4) SIAP DAH BOLEH MAKAN
 
Senang kan?.Kerabu ni kalau zaman-zaman dahulu dibuat daripada lebihan sayur-sayuran yang ada. Tidak membazir. Tidak semestinya seperti bahan-bahan di atas itu. Nanti jenuh pulak mencari kalau tak ada...pakai jer apa yang ada. Boleh dipelbagaikan. Kalau nak sedap boleh tumbuk udang kering atau belacan dan letak kacang tumbuk...lagi ummphhh. Memandangkan ada yang tergaru-garu nanti jadi terciptalah resipi yang mudah dan ekspress ghitu....
 


Tuesday, 31 July 2012

MAJLIS PERKAHWINAN AINAA-FENDI





Assalammualaikum

entri kali ini merupakan perkahwinan Ainaa dan Fendi. entri yang sepatutnya sebulan dulu aku buat tapi seperti biasa tuan punya blog ting tong ikut suka hati bila-bila ajer dia suka nak buat entri. hehehe lagi pun rasa-rasa korang kan ada tak orang tertunggu-tunggu entri dari tuan blog ni? hahahaha takkan blogger pemes seperti HAnis Zulaikha,Mynameisnamee,Maria Elena mau Fatin Liyana nak baca blog ni. anyway i dont bother at all kalau dia tak baca pun . tapi u all kalau ada masa bacalah blog mereka walaupun tuanpunya blog ni tak seumur dengan mereka tapi untuk terapi awet muda memang itulah amalan ...baca blog orang muda untuk rasa diri muda hahaha

ok-ok dah melalut pulak...

masa ainaa tunang aku ada buat entri ...ni masa majlis perkahwinan sebelah lelaki di Seremban 1 Julai 2012 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Akad nikah telah diadakan sebelum itu pada 16 Jun 2012 di Subang Bestari. Alhamdullillah dah kawin pun anak saudara ku. Kedua-dua pengantin ni anak sulong, jumpa dan cinta masa sama-sama belajar di Kolej.Doa mudah-mudahan kekal hingga ke syurga, amin.

Sunday, 29 July 2012

SEA-SHELL BIRU


Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada semua mudah-mudahan mendapat rahmat ALLAH dalam bulan Ramadhan ini.

Kepada yang berminat kepada PML (Pinggan Mangkuk Lama) ada beberapa item saya masukkan dalam blogshop saya,, antaranya adalah set di atas. Silalah jika berminat.

Friday, 13 July 2012

TESTIMONI.COKLAT.MINDA




Pekerjaan Bapa:  Supervisor
Pekerjaan Ibu : Juruteknik  Elektrik
Nama anak/pengguna:  Nur Farhana Bin Adnan
Umur anak/ Pengguna:  16 tahun
Nama Sekolah :  SMK Putrajaya P9(2)
Keadaan anak sebelum mmemakan coklat Minda:
-          Selalu pengsan  dan sawan di sekolah
-          Tidak dapat mengikuti kelas
-          Tidak mengikuti sebarang kelas Ko-Kurikulum
-          Stress dan aggresif
-          Pemarah
-           

Kadar pengambilan Coklat Minda:
Mula pengambilan Coklat Minda Oktober 2011
2 biji  pagi sebelum sarapan
Perubahan selepas 2 minggu

Perubahan anak selepas memakan Coklat Minda:
-          Semakin bersemangat  kesekolah
-          Dapat mengikut semua program yang di adakan di sekolah
-          Mewakili sekolah di perinkat kebangsaan Gala Ko-kurikulum di Penang pada Jun 2012
-          Mewakili sekolah dalam pertandingan Hafazan Al-Quran
-          Memasuki acara merentas Desa
-          Tidak stress dan aggresif


Assalammualaikum,
pekabasemua.....entryinidahlamanakdimasukkantetapibiasalahtuanblogamatamatsibuktahapaapa
yangdisibukkan...

lagi.satu.lappy.ni.space.bar.dah.tak.fungsi.tengok.ayat.atas.tu.bersambung.tak.ada.space.terpaksa.guna.titik
if.not.u.all.sakit.jiwa.baca.

entri.atas.tu.adalah.kisah.benar.anak.kawan.dia.makan.coklat.minda.nak.dekat.setahun.dan.alhamdullillah
.keadaan.dia.ok.dan.tidak.lagi.diserang.sawan.saper.saper.nak.tau.lanjut.dan.nak.tanya.pasalfarhana.ni.boleh.
bsy.bg.no.contact.ibunya.

asaya.kena.stop.coz.this.lappy.getting.me.mad....nak.makan.coklat...minda.....