Thursday, 8 March 2012

Maklumat Penting Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)

1. SBPA – Dibatalkan kembali kepada SSM yang ditambah baik 

2. Penubuhan Suruhanjaya – Mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia Saraan dan rekabentuk masa depan sector awam 

3. Pelarasan gaji berdasarkan Matriks SSM ikut gred sebanyak;
- 13% untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-54) 
- 9% untuk Gred Utama dan Khas C, B, A 
- 8% untuk Turus III dan II 
- 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) 

4. Ubah Matriks kepada minimum dan maksimum – Gred 1-54. 

5. Gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

6. Jusa ke atas kekal SSM pelarasan ikut peratusan. 

7. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kawasan B dinaikkan 200 ke 250 sebulan, Kawasan C 100 ke 150.

8. Insentif Perkhidmatan kritikal, Wilayah, Pedalaman, Subjek Pendidikan dikekalkan ikut peraturan sedia ada 

9. Guru – Kekal keputusan kemajuan kerjaya – time base

 kredit utk :  Blog Anatasyea

As salam : walaupun dekat sahaja ke PICC tetapi sbb semua bertumpu di sana dalam satu masa perjalanan singkat menjadi sangat lambat . Pemandu bas yang cekap guna jalan pintas ikut bangunan KPKT...so cepat sampai. Tapi dewan utama dah penuh so kenalah dok di dewan A/B. kalau lah tak kerana SYMP tak ada aku rajin nak meredah ke sana....datang awal tapi kul 10 baru PM datang(kalau aku dtg lambat camtu leh tak...). sekejap jer pun PM berucap pas tu habis dan terus acara makan...perghhhhhhhhhh macam ikan piranha..semua makan sekejap jer habis...kesian lak adik yg bawak makanan tak sempat dia sampai ke meja dah diserbu ...hahahaha....masa nak balik pun satu hal sbb semua serentak nak balik...so apalagi bas dh tentu tak dibenarkan naik...kereta2 VIP/jabatan ajer yg naik....so apalagi menapak lah jawabnya dengan diiringi renyai-renyai manja. alhamdullillah turun bukit PICC tu so tak lah penat sangat kalau naik bukit mau tercabut kepala lutut.......bila dah sampai kat bas ada pulak kes sorang  tiba2 tertinggal...hahahaha tak tau camna hamba ALLAH sorang ni leh tercicir drp grup. sib baik dia tak kena naik bas nadi putra atau balik  jalan kaki...so moral of the story...tahniah utk diriku yg rajin tulis malam ni....wassallam.

Wednesday, 29 February 2012

RESIPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS PEDAS

Assalammualaikum,

adakah pembaca blog ini kisah samada penulis blog ni mengapdet blognya atau blognya bersawang-sawang? hahahahaha pastinya tiada yang kisah kan.

ok malam ini aku nak kongsi resipi yang memang ramai yang tau tapi nak masukkan kat sini juga. Resipi ni ringkas dan senang serta yummy. Aku ni jenis masak yang main agak2 dan main baling2 jer....maklumlah orang lama....tapi kali ini aku cuba bagi setepat mungkin sukatannya. Harapan kepada yang nak cuba boleh seimbangkan ya mana2 yang korang rasa tak balance.

 Oh ya...setengah org suka letak belacan tapi mandangkan di rumah ini belacan menjadi punca byk penyakit seperti gatal2 so aku tak letak belacan...saper nak letak silakan tentu rasanya lagi mantopppp.

Tengok gambar cam tak ngancam ekkkk.... tapi rasa insyallah sedap hahahaha mana ada orang letak kat blog resipi dia buat dia kata kurang/ tak sedap ...tul tak?



RESIPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS PEDAS

Bahan-Bahannya:

3 cawan kacang tanah yang telah digoreng
3 cawan ikan bilis halus yang telah digoreng
tempe goreng (potong kecil dan digoreng - yang ini tentative ya kalau suka boleh letak)

pastikan bahan-bahan yg digoreng telah betul2 sejuk sebelum di campur dengan sambalnya.

Bahan-bahan untuk di kisar

cili kering dalam satu genggam
cili padi dalam 15 biji
bawang besar 3 biji
bawang putih  satu atau 2 ulas
3 sudu gula melaka/merah/pasir
garam secukup rasa.

Bahan-bahan lain

air asam jawa
perasa makanan (ikut suka kalau nak letak)
 

CARA MEMASAKNYA :

1) Bahan yang dikisar tadi ditumis setelah minyak betul2 panas.(api hendaklah sederhana)
2) Masak sehingga kering dan pecah minyak.
3) Masukkan air asam jawa anggaran setengah cawan.
4) Masukkan garam, gula dan perasa. Ikut lah citarasa masing2.
5) Setelah betul2 pekat dan kering bolehlah matikan api.
6) Biarkan sambal sejuk. Bila dah betul2 sejuk masukkan lah kacang dan ikan bilis 
    tadi dan digaul mesra.
7) Tadaaaaaaaa......siap dan boleh dimakan.

Tuesday, 7 February 2012

Ainaa Bertunang














Assalammualaikum,

selamat bertunang Ainaa dab Fendi ...pada 4 Februari 2012 yang lalu.Gambar-gambar di atas diambil masa hari pertunangan.Mudah-mudahan dikekalkan jodoh dan diharap menjaga tingkah laku serta adab susila sebelum akad ya....

Thursday, 2 February 2012

Contest : Wonder Speech #1 by Ezahulala


Assalammualaikum...selamat sejahtera semua. Lama tak tulis di blog ni. Menjadi silent reader kpd bloglist disebelah kanan ni ...ya hari2 jadi silent reader...naper ek malas nak menulis ...mungkin banyak perkara yang berlaku lately.

Kenapa pulak rajin saat ni....????hehehehe...tak jugak....sepatutnya post ni dibuat pada 28 Januari lepas...tapi asyik tertangguh ..ok-ok sempena birthday izzah pada 28 Januari 2012 yang lepas maka dgn ini demi memberi sokongan kepada beliau maka silalah ke sini ya...dia buat contest..tak kesah ya blogger yang muda, belia dan yang seusia maknya dipersilakan. hadiah kepada contest tidaklah hebat mana...maklumlah semuanya dia yang pilih dan buat sendiri....jom tengok

sila klik utk info yg lebih lanjut.

Sunday, 16 October 2011

MAKNA DUDUK ANTARA DUA SUJUD




Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)
8. Wa’fuannii (maafkan aku)




Monday, 10 October 2011

7 SUNNAH PENTING




Tazkirah untuk kita sama-sama beramal , Insya Allah



7 SUNNAH PENTING

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua:  
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
Ketujuh:
 Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

thank you PN HALIMATON ABD RASHID for sharing