Friday 22 April 2011

YAKINLAH ...ALLAH SENTIASA BERLAKU ADIL

 
 
YAKINLAH ALLAH SENTIASA BERLAKU ADIL.

"Jika Allah membukakakan pintu kefahaman kepadamu dalam penolakan maka (pada hakikatnya) penolakan itu berubah menjadi pemberian".

Keadilan dan kebijaksanaan Allah kepada hamba-nya tidak perlu diragukan lagi. Meskipun nampaknya Dia menolak memberikan sesuatu yang diinginkan hamba-nya, tetapi pada hakikatnya penolakan itu adalah rahmat atau anugerah.

mari kita renungkan firma Allah dalam Al-Qran surah Yunus ayat 107, yang maksudnya:-

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu maka tidak ada yang dapat menolak anugerah- Nya. Dia memberi kebaikan kepada siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hamba-Nya dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Terimalah diri anda apa adanya dengan tangan  terbuka tanpa syarat. Jika anda mendapati diri anda sedang mengalami kegagalan, maka terimalah kenyataan ini dengan rela hati. Kemudian anda perbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk bangkit semula. Jangan berputus asa.Kerana hal ini tidak akan mengatasi keadaan yang sedang dialami. Namun terimalah diri yang telah bersalah itu tanpa syarat. Jangan selalu menyalahkan diri sendiri. Jadikanlah kegagalan itu sebagai cemeti untuk meningkatkan usaha dan lebih rajin lagi supaya matlamat anda tercapai.

Terimalah  diri dengan keyakinan yang penih. Yakin berjaya supaya ia membangkitkan semngat. jangan sekali-kali mengacaukan nilai dasar fikiran dengan kegagalan-kegagalan atau kejayaan sementara.

Banyakk pengalaman disekeliling kita yang dapat dijadikan contoh. Orang-orang yang tidak dapat menerima dirinya, tidak mahu menerima kenyataan yang sedang dihadapi adalah orang yang bodoh.Mereka berputus asa berpanjangan sambil menyalahkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat berjaya kalau setiap hari diisi dengan angan-angan kosong?. Pada dasarnya mereka tidak boleh menerima diri mereka sendiri secara mutlak dan tanpa syarat.

Orang yang selalu menerima dirinya dengan persyaratan (tidak apa adanya, tidak keseluruhan) maka orang tersebut digolongkan ke dalam manusia yang bermental negatif. Mental yang negatif ini sangat mempengaruhi dan menghalang kejayaan. Orang yang seperti ini tidak akan berjaya memperolehi harapannya. Ia akan selalu mengalami kegagalan selagi ia memilki mental ini.  Orang yang memliki mental negatif dapat dilihat dari segi cara bercakap, berjalan dan air mukanya. Semuanya menunjukkan keputusasaan.

Ramai orang yang gagal dalam usaha pertama untuk mendekati cita-citanya. Namun mereka tidak mahu bangkit semula untuk melanjutkan usahanya. Mereka terjebak dalam keputusasaan yang berpanjangan hingga mempengaruhi setiap gerakannya. Mereka itu telah hilang kepercayaan terhadap dirinya sendiri.Merekea selalu menyalahkan dirinya dan membesarkan kelemahannya.

Kenyataan yang sepahit mana pun hendaknya diterima dengan lapang dada. Kemudian mencari jalan keluarnya supaya ianya tidak berterusan. Gunakan waktu sebaik mungkin.Orang-orang yang berjaya memperbaiki kelemahannyadengan cepat, kerana mereka mengelakkan masa yang berharga terbuang begitu sahaja. Disampina mengira waktu menyedari kenyataan dan memperbaiki kelemahansecepatnya juga boleh mengembalikan usaha untuk mendekati matlamat asal.

Orang-orang Jepun selalu menafaatkan waktunya dengan betul. Bukan bererti mereka tidak mengalami kegagalan. Namun mereka cepat mengambil inisiatif dan berusaha melakukan pembaikan secepatnya. Mereka tidak berputus asa dan berusaha mengembalikan kepercayaan dirinya secepat mungkin, kemudian melakukan tindakan sesuai dengan perancangan. Hal inilah yang membuat mereka maju.

sumber : buku JANGAN TAKUT oleh Ahmad Safuan Al-Karami.

2 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsian ni kak...:) sangat memotivasikan diri...

    ReplyDelete
  2. sunah...ya sama2 kita ambil manafaatnya insyallah

    ReplyDelete