Monday 9 May 2011

KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASAH

Assalammualaikum.

Untuk Cik Ct Murni info ini mungkin dapat membantu dan juga dapat memberi manafaat kepada rakan2 lain.

Ramai yang tidak tahu daun tembaga suasa berkesan untuk membantu pemulihan patah tulang dan bengkak.Samada tulang retak atau patah berpunca dari jatuh, terhantuk, ditimpa benda berat, atau kemalangan jalanraya, pemulihan dipercepatkan lagi dengan kaedah tradisional ini.Daun tembaga suasa ini adalah keluarga (seakan) daun pandan yang tumbuh dalam serumpun, dan daunnya besar dan panjang.Jika patah tulang dan mengalami bengkak, ia adalah kerana `angin' berkumpul di dalam.

Jadi kaedah tradisional ialah membalut bengkak itu dengan sehelai daun tembaga suasa yang dilayurkan dan disapukan sedikit minyak.Biasanya jika mengalamai patah tulang, doktor hospital akan memasang plaster (simen). Jadi pesakit perlu tunggu hingga plaster boleh dibuka barulah boleh amalkan balutan daun ini.

KHASIAT DAUN TEMBAGA SUASAH Bengkak , terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi sesaorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan.Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga.Lebih sakit lagi bahkan berkemungkinan tidak boleh bergerak bebas bila kita mengalami patah ataupun retak pada kedua-duanya.Untuk mengurangakan rasa kesakitan tersebut, pada kebiasaannya kita akan sapukan dengan minyak urut ataupun berjumpa dengan tukang urut.

Senang ditemuiTetapi sejak zaman berzaman, orang zaman dahulu telah menggunakan sejenis tumbuhan didalam hutan atau herba yang sering digunakan untk mengurangkan rasa kesakitan tersebut.Menurut Pegawai Penyelidikan MERDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin, tumbuhan yang dimaksudkan itu adalah pokok tembaga suasa atau nama saintifiknya adalah Crinum asiaticum."Khasiatnya adlah tertumpu kepada daunnya itu," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.Untuk mengenali pokok itu agak senang kerana ia mempunyai daun yang besar dan panjangnya pula boleh menghampiri dua meter seperti daun pandan."Batangnya agak besar dan berisi.

Dari segi habitatnya lebih senang ditemui ditepi pantai dan dan didalam hutan Malaysia," katanya.Beliau menambah lagi, ada ketikanya tumbuhan ini dijadikan sebagai pokok hiasan, khususnya oleh penduduk kampung."Selain boleh ditemui dipinggir hutan, pokok tembaga suasa juga sering dijadikan tanaman hiasan dan ubatan oleh penduduk kampung," katanya.Menurut Mohd. Jelani, cara yang lazim digunakan untuk merawat kesakitan tersebut adalan dengan mengambil beberapa helai daunnya."Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api," katanya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak."Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api," katanya lagi.Tambahnya, bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut."Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak," ujarnya.



BUNGA TEMBAGA SUASA.
 
daun tembaga suasa...

24 comments:

  1. salam kak zie..er..bnyak rupanya khsiat pokok nie yer..tapi jo x berapa kenal lah..pokok nie yg mcm pokok keladi tu yer?
    antara perkara lelaki itu rumit!betul kah?

    ReplyDelete
  2. joe...kak rasa bukan cam pokok keladi tetapi daun dia cam daun pandan panjang2...gambar tu bunga jer nanti kalau dapat gambar yg lagi jelas kak tambah ya, tq joe

    ReplyDelete
  3. OWH..joe kenal pokok nie..hehe..sbb sblm nie pic yg no 2 x kuar..skg baru kuar plak..tapi rasenye dekat kl nie xder pokok nie..tapi dekat kg bnyak lah..patutlah mase dekat kg dulu.ramai orng yg tnam pokok nie..ingatkan sekadar untuk perhiasan mcm lain2 bunga tu..hehe..rupa2nya ada maksud disebalik...sama2 kak zie

    ReplyDelete
  4. joe, kat kg mmg ramai yg tanam.cuma ramai yg tak tau kegunaannya.

    ReplyDelete
  5. kat kampung atok ada serumpun...bunga dia memang wangi....kuat baunya....tapi tak selalu tumbuh

    ReplyDelete
  6. erm..thanks kak zie..dh pernah guna daun nie mmg terbaik..
    kat putrajaya kan bnyak tnam tepi2 tue..klu sakit2 leh ler petik je daun dia..he..he

    ReplyDelete
  7. suhaimi...betul mmg kat kg2 banyak jumpa pokok ni

    cik ct murni....boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  8. terima kaish bagi info. anak Kjee baru sahaja retak tulang kakinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kjee dok mana,saya area bandar Baru bagi, mana nak dapat ye

      Delete
  9. KAK G...tq dtg sini...sy sgt berbesar hati sbb kak G sudi nengok blog saya yg caca-marba ni hehehe...ya..info tu pun for sharing

    ReplyDelete
  10. budakbotak

    sama2 kita amik tau hehehe

    ReplyDelete
  11. salam Zie. Kjee dah guna semalam untuk balut kaki anak Jee yang retak akibat terjatuh. Alhamdullilah syukur hari ini dia boleh jalan dengan baik. terima kasih banyak2 walaupun ada yang kata daun yang Kjee gunakan bukan daun yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. kak jee dh jwb kat blog kak, tq

    ReplyDelete
  13. Boleh ke kita guna akar dia ? Kalau boleh , apa kelebihan nya?

    ReplyDelete
  14. Makaieh bnyak sis, for sharing,,,
    Saya tengah tersalah urat ne kat tangan,,.tpi pkai daun tu cane? Di balutkan pada tangan yg sakit dgn ketat dan d layukan a sampai lembek ke cane?
    Mhon pnjlasan? Makasih bnyak

    ReplyDelete
  15. kak zie dimana saya bole dapatkan..kalau saya nk beli berapa harga..pm saya tq..kak zie

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak, saya ada mengalami sakit lutut dan bengkak di lutut akibat bermain bola sepak. hampir seminggu saya mengalaminya. urut, klinik, tapi tetap bengkak nya tak surut. boleh ke saya gunakan daun ni ?

    ReplyDelete
  17. Mana nak daoat pokok tembaga suasa nice ye. Saya nak Beli, ada sesiapa leh Bantu,skrg saya di area Bandar Baru bangi selanhSe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli dekat shopee. Ada jual kat situ.

      Delete
    2. aduh pokok nya ada disini tp bunganya utk apa yek

      Delete
  18. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete