Sunday 22 May 2011

NUR KASIH THE MOVIE

tiket

beratur beli pop corn

menunggu masuk

dapat free ni bila beli pop corn - ngeri
Assalammualaikum

Nur Kasih cerita bersiri TV yg dikatakan ramai pengikut. Diangkat menjadi sebuah filem. Promo dan tarikan sangat kuat membuatkan aku nak pergi tengok. Kirim kat kakak beli tiket jumaat lepas dgn berbekalkan pesanan ambil 3 tiket..yang adik punya siap bagi kad pelajar supaya dapat harga pelajar. Cari seat yg ok jgn depan sangat. Penghabisan nya dia beli 3 tiket semua dewasa, tempat duduk sib baik ok tengah2 tapi sayang kena tengok show kul 11 malam. En lan yg baru balik out station terpaska ikut jugak walaupun dia tanya kalau dia tak pergi boleh tak. Dah tiket dibeli so en lan have no choice. Kul 10.30 malam bertolak dihantar oleh si sulong...kena pow pulak dia suruh beli 2 kotak pop corn dah lah masa terhad...nak tak nak gi beli lah jugak. Balik pulak si angah yg jemput.

Mungkin expectation aku tinggi kat Nur Kasih ni...macam aku tak puas hati pulak. Banyak yg menjadi aku tertanya-tanya...antaranya...kenapa Nur dan Adam perlu pergi Jordan untuk makan angin? Lepas tu kenapa si Adam perlu pergi cari jugak cincin Nur dalam keadaan baru lepas kemalangan. Lepas tu kawasan kemalangan tu pun tak nampak macam real kemalangan...aku agak mungkin kesukaran pengambaran di padang pasir. Dan yang paling aku konpius adalah bila Nur jadi macam orang sasau, cam hilang ingatan...cam tak kenal dgn anak saudara dan anak sendiri...

Yang paling aku terkesan adalah lakunan mamat(tak tau nama pelakon ni) dan rakan2  dia bagus. Oh ya tak lupa jugak yang jadi mak adam dan aidil tu (sori nama lupa)....memang bagus lah feel dia...memang boleh nangis tengok watak dia.Markah aku nak bagi ialah 6 out of 10. Kenapa sampai sekarang aku rasa indah promo dari cerita sebenar?????

Pandangan diatas adalah pandangan peribadi aku sendiri tiada kaitan dgn yg hidup atau yg dah tiada.

5 comments:

  1. teringin jugak nak tgk.... anak2 dok ajak...

    ReplyDelete
  2. he3, mmg promo ja gempak kan. Bdk Botak pon dh tgk kat pawagam, rasanya cerita ni boleh jadi menarik lagi...

    Entry terbaru -> Budak Botak Terpaksa Dedahkan RAHSIA Ni Kepada Cik Anon Semua... (",)

    ReplyDelete
  3. cik jah

    bagus jah cuti sekolah bawak anak2 gi tengok

    budak botak

    apa komen ttg citer ni?

    amie

    tq

    ReplyDelete
  4. atok dengar cite tak best...ye ek?

    ReplyDelete